Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alor

Puisi
 

Orang mengail di Alor Mat Pulih,
     Habis raga dimakan api;
Sana duk harap sini tak boleh,
     Buang tangga berayun kaki.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALOR SETARALOR SETAR,ibu negeri Kedah.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ISMAIL ZAIN

Ismail Zain (1930-1991), pelukis. Beliau lahir di Alor Setar, Kedah, dan mendapat pendidikan di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

KESENIANTokoh
WAN MAT SAMAN

WAN MAT SAMAN (1830-an-1898), pentadbir.  Nama penuhnya ialah Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail.  Dia lahir di Alor Janggus, Alor Setar.  Dia berketurunan keluarga pembesar negeri.  Datuknya yang bergelar Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana pernah menjadi Menteri Keempat Kedah, sementara ayahnya Wan Ismail pernah dilantik sebagai salah seorang penasihat utama kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah (1853-1879).  Wan Ismail juga tokoh yang bertanggungjawab menaikkan Sultan Ahmad Tajuddin ke atas takhta.  Hubungan Wan Ismail dan anaknya Wan Mat Saman dengan Sultan Ahmad Tajuddin bertambah rapat lagi apabila sultan berkahwin dengan Wan Hajar, kakak kepada Wan Mat Saman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ISMAIL ZAINISMAIL ZAIN (1930-1991), pelukis. Dia lahir di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga tahun 1950. Kemudian dia mengikuti kursus perguruan di Malayan Teacher Training College, Kirkby, Lancashire, England pada tahun 1951 hingga tahun 1953, pendidikan seni di Ravensbourne College of Art, England pada tahun 1961 hingga tahun 1964 dan Slade School of Fine Art, University of London pada tahun 1964 hingga tahun 1966.BUDAYATokoh
MAHATHIR MOHAMAD, TUN

Mahathir Mohamad, Tun (1925– ), Perdana

Menteri Malaysia yang keempat (1981–2003). Dia

lahir pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak,

Alor Star, Kedah. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar,

guru sekolah Inggeris dan ibunya ialah Wan

Tampawan.

UMUM 
MELAKA

Melaka (pend. 504 500) ialah sebuah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan

bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.

Melaka terdiri daripada tiga daerah, iaitu Alor Gajah,

Melaka Tengah dan Jasin. Negeri ini mempunyai

keluasan 1159 kilometer persegi dan terletak di

garisan lintang 2 0 11’ Utara, dan garisan bujur 102 0

15’ Timur.

UMUM 
ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, DATO'ZAKIAH HANUM HAJI ABDUL HAMID, Dato’ (1937-     ), Ketua Pengarah Arkib Negara yang pertama.  Dia lahir pada 15 September 1937 di Alor Setar, Kedah.  Dia mendapat pendidikan di Kampung Baru Girl’s School, Alor Setar, Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar (1947-1955) dan Methodist Boy’s School, Pulau Pinang (1956-1957).  Zakiah Hanum berkelulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya Singapura dan Kuala Lumpur.  Dia juga merupakan salah seorang daripada beberapa anak Melayu yang berjaya ke universiti pada waktu itu.BUDAYATokoh
HAJI YAHAYA JUNID

HAJI YAHAYA JUNID (1911 -            ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
ABDUL KARIM ABU BAKAR

ABDUL KARIM ABU BAKAR (1922-     ), ahli politik. Dia lahir pada 29 September 1922 di Alor Gajah, Melaka. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka hingga Darjah Lima (1932). Setelah lulus peperiksaan  untuk Special Malay Class, dia melanjutkan pelajaran di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School Melaka, hingga ke kelas Junior Cambridge (1941).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
123456

Kembali ke atas