Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alor

Puisi
 

Orang mengail di Alor Mat Pulih,
     Habis raga dimakan api;
Sana duk harap sini tak boleh,
     Buang tangga berayun kaki.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
Kedah IInegeri di barat daya Semenanjung, keluasan 9479 km2, Alor Setar sbg ibu negeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
jauh1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini; ~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya; ~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat; sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan; berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh; menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya; menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh.Kamus Dewan Edisi Keempat
daerah(daérah) 1. lingkungan sesuatu peme­rintahan, wilayah (sesebuah negara): Sabah dan Sarawak termasuk dlm ~ Malaysia; 2. bahagian sesebuah negeri (sekeliling sesebuah bandar) yg mempunyai sempadannya utk ke­mudahan pentadbiran: negeri Melaka ter­bahagi kpd tiga buah ~, iaitu Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah; ~ Temerloh; pegawai ~ pegawai kanan kerajaan yg meng­urus pentadbiran sesebuah daerah (dlm bidang-bidang tertentu); 3. kawasan yg mempunyai iklim (penduduk, hasil dll) yg sama: ~ hawa panas; ~ orang asli; 4. kawasan yg berada di bawah sesuatu pengaruh (kekuasaan, keadaan, dll): ~ darurat; ~ tentera; 5. ki skop, bidang: menyimpan rahsia termasuk dlm ~ amanah; ~ mata air daerah yg mendapat (bekalan) air dr mata air; ~ pedalaman daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu; ~ seberang laut(an) daerah jajahan; ~ sungai kawasan yg men­dapat air dr sungai; ~ takluk tanah jajahan; ~ tidak bertuan daerah yg tidak dikuasai oleh mana-mana kerajaan (pemerintahan); sedaerah 1. berasal dr (berada atau terletak di) daerah yg sama; 2. mengenai satu daerah sahaja, setempat; kedaerahan yg tertumpu pd atau mengenai sesuatu daerah (tidak meluas atau menye­lu­ruh): ia perlu menyingkirkan faham ~nya; peng­ajaran dlm ilmu kesihatan harus bersifat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas