Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lo.trop] | الوتروڤ

Definisi : (Kim) pelbagai bentuk sesuatu unsur yg menunjukkan ciri alotropi (mis karbon mem­punyai alotrop grafit, intan, dan karbon amorfus). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lo.trop] | الوتروڤ

Definisi : ist unsur kimia (spt belerang) yg wujud dlm lebih drpd satu bentuk hablur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alotrop


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum / Selamat sejahtera, Saya sedang menterjemah satu rencana di internet. Untuk pendekkan cerita, saya tidak dapat jumpa istilah sepadan bagi perkataan "fullerene" dan "buckyball"/"buckministerfullerene" di PRPM. "Fullerene" ialah satu jenis alotrop karbon yang berbentuk sfera berongga, tiub atau elipsoid, dan "buckyball" ialah sejenis "fullerene" sfera dengan 60 atom karbon. Soalan saya, apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan tersebut? Tekaan saya bagi terjemahan perkataan "fullerene" ialah "fulerina" kerana perkataan "benzene" diterjemahkan sebagai "benzena", atau "fulerin" kerana perkataan "fluorine" diterjemahkan sebagai "fluorin". Tetapi kedua-dua istilah itu tidak ditemui juga di PRPM. Bantuan pihak anda amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Untuk makluman, kedua-dua istilah "fullerene' dan "buckyball/buckministerfullerene" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan tatacara pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu untuk "fullerene" ialah fulerena. Istilah "bucky ball/buckministerfullerene" akan dikemukakan kepada  Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah24.06.2013

Kembali ke atas