Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alpinia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Alpinia galangalengkuasHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba saka dalam famili Zingiberaceae. Lengkuas tumbuh dengan mudah di tanah pamah yang separa terlindung. Tumbuhan ini mempunyai rizom dalam tanah berwarna kekuning-kuningan dan berbau kuat. Daunnya licin, berbentuk panjang, sempit dan hujungnya runcing. Jambak bunganya jenis panikel keluar di hujung pelepah daun. Bunganya berwarna hijau pucat. Air rendaman rizom diminum untuk merawat demam, masalah paru-paru, sakit sendi dan kencing manis. Air rebusan daun digunakan sebagai mandian berubat, diminum untuk membuang angin dalam badan dan sebagai tonik untuk ibu selepas bersalin. Rizom digunakan sebagai perasa makanan dan bunga segar dimakan sebagai ulam.
acid hydrolysishidrolisis asidHerbaPemiawaianProses penguraian atau pemisahan ikatan kimia dalam sebatian tertentu dengan menggunakan pemangkin asid protik. Contohnya, sebatian piawai kuersetin dalam produk herba lengkuas (Alpinia galanga) yang kaya dengan flavonoid dapat ditentukan dengan melakukan hidrolisis asid.
sedativesedatifHerbaPemiawaianSifat pada ekstrak herba yang mempunyai kesan terhadap sistem saraf pusat dan dapat memberikan ketenangan dan mengurangkan kegelisahan. Contoh herba yang mempunyai kesan sedatif ialah ekstrak rizom lengkuas (Alpinia galanga), buah kecubung (Datura metel) dan buah cabai pintal (Helecteres isora).
bacteriostaticbakteriostatikHerbaPemiawaianKaedah rawatan yang berupaya merencat pertumbuhan bakteria. Kaedah bakteriostatik yang biasa digunakan adalah seperti penyejukbekuan dan penyimpanan pada tahap kelembapan yang rendah. Contohnya, ekstrak serai wangi (Cymbopogon nardus) dan lengkuas (Alpinia galanga) digunakan untuk memperlahankan pertumbuhan bakteria.
chalconekalkonHerbaFitokimiaSebatian isomer bagi flavanon dengan gelang piranon yang terbuka. Kedua-dua flavanon dan kalkon boleh saling bertukar bentuk pada keadaan yang sesuai. Sebatian kalkon banyak terdapat dalam tumbuhan famili Zingiberaceae. Contoh sebatian ini ialah kardamonin yang terdapat dalam beberapa spesies lengkuas (Alpinia sp.). Beberapa sebatian ini dilaporkan mempunyai aktiviti antikeradangan.
rhizomerizomHerbaBotani dan BioteknologiBatang tumbuhan yang tumbuh mendatar di bawah tanah. Rizom menjalankan fungsi yang sama seperti batang kerana menghasilkan tunas. Bahagian ini dianggap sebagai akar kerana berada di dalam tanah. Akar sebenar keluar daripada rizom. Contohnya, halia (Zingiber officinale), kunyit (Curcuma domestica), lengkuas (Alpinia galanga) dan lalang (Imperata cylindrica).

Kembali ke atas