Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alstonia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alstonia barkkulit kayu pulaiPerubatanTiadaTiada
pulaipulaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Alstonia spp. daripada famili Apocynaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sayungan, dan di Sarawak ialah mergalang dan pelai. Spesies utamanya ialah Alstonia angustifolia dan A. angustiloba. Gubal kayu pulai sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda. Tekstur kayunya halus hingga sederhana kasar, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 370 hingga 475 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, cepat mengering, mudah diawet dan tidak tahan. Gubal kayunya mudah diserang kumbang dan kulat pewarna gubal. Kayu sesuai digunakan untuk kerja ukiran, bingkai gambar, alat permainan, kasut kayu, dan penyepit makanan.
latex tracesalur lateksPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSaluran halus yang terdapat pada beberapa jenis kayu, seperti pulai daripada genus Alstonia, dan jelutung daripada genus Dyera, yang kelihatan apabila kayu tersebut dikeringkan. Saluran ini terdapat pada arah jejari batang kayu dan kelihatan lebih nyata dengan kehadiran tiub lateks yang bermula dari daun atau tunas ranting dalam kayu.
polyisoprenapoliisoprenaHerbaFitokimiaBahan polimer semula jadi berbentuk getah putih yang terdapat dalam beberapa spesies tumbuhan. Sebanyak 30% daripada bahan polimer ini terdiri daripada rantaian unit isoprena (C5H8)n, seperti yang terdapat dalam getah asli. Poliisoprena mempunyai dua isomer geometrik, iaitu cis dan trans, tetapi bahan polimer semula jadi adalah dalam bentuk isomer cis yang memberikan sifat kenyal pada bahan tersebut. Contoh bahan poliisoprena semula jadi ialah getah asli daripada pokok getah (Hevea brasiliensis) dan getah pulai daripada pokok pulai (Alstonia scholaris).

Kembali ke atas