Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[al.tar] | التر

Definisi : 1. tempat mempersembahkan korban, mazbah; 2. meja yg digunakan semasa upacara Perjamuan Suci di gereja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata altar

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALTAR

Altar ialah tempat yang dibina atau objek yang

menjadi pusat pemujaan agama. Altar boleh

dibuat dari timbunan tanah ataupun batu yang

diukir.

UMUM 
OLYMPIAD

Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18

kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba,

agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia.

Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat

tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di

Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan.

Bangunan keagamaan dibina berkelompok di

Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai

Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus.

Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera,

Pelopion, Philippeion, dan altar besar.

UMUM 
OLYMPIA

PERGAMUM

Pergamum ialah bandar purba agung di barat

Asia Kecil (kini Turki). Ia berkemungkinan diasaskan

beberapa ratus tahun sebelum menjadi pusat

kebudayaan Yunani yang penting pada tahun 200-

an S.M. Raja dinasti Attalid memerintah Pergamum

selepas tahun 263 S.M. Mereka menjemput ahli

falsafah, penulis dan artis ke istana diraja dan

menubuhkan perpustakaan yang besar di bandar

ini. Mereka juga menggalakkan perdagangan dan

pengeluaran tekstil broked dan kertas kulit. Para

pengarca Pergamum mengembangkan gaya

tersendiri dalam mencipta altar yang mengagumkan

yang ditujukan khas kepada Zeus, raja dewa

Yunani. Bandar ini mencapai kemuncak

kegemilangannya semasa pemerintahan Eumenes

II, antara tahun 197 S.M. dan tahun 159 S.M.

UMUM 

Kembali ke atas