Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ter.na.tif] | الترناتيف

Definisi : 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alternatif


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAS GANTIANGas asli sintetik yang dihasilkan melalui beberapa proses tindak balas kimia. Konsep gas gantian diperkenalkan untuk mencari alternatif penghasilan gas yang terbentuk di dalam perut bumi yang semakin berkurangan dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Gas gantian mempunyai sifat fizikal yang sama dengan gas asli. Sumber bahan api fosil yang digunakan untuk menghasilkan gas gantian ialah batu arang dan cecair petroleum.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
TAWARAN RAYUAN

Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan

oleh defenden dalam kes jenayah dengan

bersetuju untuk mengaku bersalah daripada

menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes,

pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk

menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun

meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti

untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain,

pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa

tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan

daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku

bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90

peratus daripada defenden mengaku bersalah

dan kebanyakannya hasil daripada tawaran

rayuan.

UMUM 
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA)

Agensi Tenaga Antarabangsa (International

Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang

dianggotai 21 buah negara pengimport minyak

yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas

dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD–Organization for Economic

Cooperation and Development). Anggota IEA

saling berusaha untuk mengurangkan

pergantungan pada minyak dengan menggalakkan

penjimatan penggunaan minyak dan memajukan

sumber tenaga alternatif.

UMUM 

Kembali ke atas