Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ter.na.tif] | الترناتيف

Definisi : 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja; 2. satu pilihan antara dua kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alternatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decision making processproses pembuatan keputusanPengurusanPerancanganLangkah-langkah yang terlibat dalam membuat penilaian dan pertimbangan terhadap alternatif-alternatif keputusan yang ada untuk ditentukan dan dipilih sebagai keputusan akhir sebelum sesuatu tindakan diambil. Contohnya, sebelum seorang pengguna ingin membuat keputusan untuk memilih sesuatu barangan, pengguna tersebut perlu membuat penilaian berdasarkan maklumat yang boleh membandingkan pilihan-pilihan yang ada.
decision philosophyfalsafah keputusanPengurusanPerancanganSuatu corak pemikiran yang mempengaruhi keputusan dan ketetapan yang dipilih sebagai tindakan atau penyelesaian bagi sesuatu situasi yang mempunyai beberapa alternatif. Keputusan yang diambil lazimnya melibatkan pilihan daripada alternatif-alternatif yang dipertimbangkan dan komitmen yang dibuat kepada pilihan tersebut. Faktor yang mempengaruhi falsafah keputusan termasuklah matlamat, pegangan diri dan pemikiran pihak yang membuat keputusan dalam mengenal pasti dan menilai alternatif yang dijana untuk pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan. Contohnya, pengurus yang memandang tinggi budaya Jepun akan cenderung menjana dan memilih alternatif yang memenuhi ciri-ciri yang menyokong pandangan dan keputusannya.
alternative conditionkeadaan alternatif; syarat alternatifPerubatanTiadaTiada
decision trapperangkap keputusanPengurusanPerancanganKeadaan yang mengekang atau menghalang keberkesanan sesuatu proses pembuatan keputusan. Perangkap keputusan akan mengakibatkan keputusan yang dibuat kurang tepat ekoran kesilapan atau kelemahan dalam proses pembuatan keputusan. Antara contoh keadaan yang boleh menjadi perangkap keputusan ialah alternatif-alternatif keputusan yang tidak ditakrif dengan jelas, kegagalan untuk mengumpul maklumat yang tepat, pertimbangan kos-faedah yang tidak dilakukan dengan baik dan pembuat keputusan yang bersikap berat sebelah.�Lihat juga proses pembuatan keputusan.
alternativealternatifEkonomiTiadaPilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber.
alternative equation of equilibriumpersamaan keseimbangan alternatifMekanikGunaanPersamaan yang boleh digunakan untuk menggantikan persamaan keseimbangan skalar untuk masalah 2-D. Persamaan keseimbangan alternatif boleh digunakan hanya jika syarat tertentu dipenuhi. Pertama, jika a dan B ialah dua titik yang tidak berada pada satu garis lurus yang serenjang dengan arah penjumlahan daya, maka persamaan keseimbangan alternatif yang berpadanan ialah, Fx = 0 atau Fy = 0 MA = 0 MB = 0 Kedua, jika A, B dan C ialah tiga titik yang bukan berada pada suatu garis lurus yang sama, persamaan keseimbangan alternatif yang berpadanan ialah, MA = 0 MB = 0 MC = 0
decision alternativealternatif keputusanPentadbiranTiadaPilihan alternatif yang terdapat pada pembuat keputusan.
alternative therapyterapi alternatifPerubatanTiadaTerapi melalui teknik alternatif seperti osteopati atau akupunktur
alternative voting systemsistem pengundian alternatifSains PolitikPolitik PerbandinganLihat undi alternatif.
allelealelBiologiGenetikSalah satu bentuk alternatif bagi sesuatu gen. Suatu gen tunggal boleh mempunyai beberapa bentuk alternatif. alelomorf.
12345678910...

Kembali ke atas