Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata altissima


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
duriandurianPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Durio spp. Coelostegia spp., dan Neesia spp. daripada famili Bombacaceae. Spesies utama kayu durian termasuk Durio malaccensis, D. oxleyanus, Coelostegia borneesis, C. griffithii, Neesia altissima dan N. malayana. Gubal kayu durian berwarna keputih-putihan bagi Durio spp., kuning pucat bagi Neesia spp., dan kuning jingga bagi Coelostegia spp. Bagi Durio spp. dan Neesia spp., gubal kayunya mudah dibezakan daripada teras kayu masing-masing, yang berwarna coklat merah jambu dan coklat kelabu. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 420 hingga 800 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras ringan. Bagi genus Neesia, tekstur kayunya agak keras dan sekata, dan bagi genus Durio dan Colostegia, tekstur kayunya tidak sekata. Kayu ini agak kuat, mudah dikerjakan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, tetapi mudah diawet. Sifat pengeringannya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu durian digunakan untuk kerja binaan dalaman, rangka pintu dan tingkap, lantai, venir, dan papan lapis.

Kembali ke atas