Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.ti.tud] | التيتود

Definisi : ketinggian sesuatu tempat (kawasan) yg biasanya diukur dr aras laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata altitud


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALTITUD

Altitud ialah ketinggian sesuatu objek dari aras

permukaan bumi, paras laut ataupun paras yang

ditentukan. Sebagai contoh, sebuah kapal terbang

boleh terbang pada aras 9100 meter di atas

permukaan bumi.

UMUMUmum
MABUK KETINGGIAN

Mabuk ketinggian ialah penyakit yang dialami

pada altitud yang tinggi oleh orang yang biasa

tinggal di altitud yang rendah. Ia juga dikenali

sebagai mabuk gunung . Mabuk ketinggian ini

disebabkan oleh keadaan yang terdedah pada

tempat tinggi yang relatifnya mempunyai tekanan

oksigen yang rendah. Simptomnya termasuklah

sesak bernafas, pening kepala, pola tidur terganggu,

loya, penglihatan kabur, kurang dengar, berat

kepala, dan mudah lupa. Dalam sesetengah kes,

seseorang akan muntah apabila mengalaminya.

UMUM 
TERMOSFERA

Termosfera ialah lapisan paling atas di

atmosfera bumi. Ia bermula pada altitud lebih

kurang 85 kilometer dan berterusan hingga 480

kilometer di ruang angkasa. Termosfera

mengandungi hanya sebahagian kecil gas yang

terdapat di atmosfera. Oleh sebab itu, tekanan

atmosfera di termosfera bawah adalah satu juta kali

lebih rendah daripada tekanan di aras laut.

Termosfera terdedah sepenuhnya kepada

sinaran matahari. Sinaran ini memanaskan

atmosfera tipis di termosfera ke tahap suhu yang

tinggi. Suhu meningkat dengan cepat daripada

–93 ° C pada altitud 89 kilometer hingga melebihi

1500 ° C di thermopause , iaitu bahagian atas

termosfera.

UMUM 
ALTIMETER

Altimeter ialah alat sensitif yang menunjukkan

altitud. Altimeter digunakan dalam kapal terbang.

Pendaki gunung, juruukur dan ahli sains juga

menggunakannya.

UMUM 
ARUS JET

Arus jet ialah satu jalur arus udara yang bergerak

laju pada altitud tinggi. Arus jet mengalir berolak-

olak mengelilingi Hemisfera Utara dan Selatan.

Alur ini kerap bertukar tempat dan bergerak secara

menegak dan juga mendatar.

UMUM 
TERJUN UDARA

Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau

lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh

secara bebas sebelum payung terjun kembang.

Penerjun udara biasanya terjun pada altitud

sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih

daripada 160 kilometer sejam. Mereka

mengembangkan payung terjun pada altitud 600

meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur

ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam.

Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun

menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter.

Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan

penerjun udara terjun bebas bersama-sama

membuat formasi berbentuk geometri.

UMUM 
PAIN BRISTLECONE

Pain bristlecone ialah pokok malar hijau yang

tumbuh di altitud tinggi di barat Amerika Syarikat.

Terdapat dua spesies pain bristlecone. Satu spesies

iaitu pain bristlecone Lembangan Besar, hidup lebih

lama daripada mana-mana jenis pokok lain.

UMUM 
KONTRAIL

Kontrail ialah garis halus awan yang terbentuk

di belakang kapal terbang di altitud tinggi.

UMUM 

Kembali ke atas