Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.truis.tik] | التروءيستيک

Definisi : bersikap lebih mengutamakan ke­bahagiaan dan kebajikan orang lain drpd keba­hagiaan dan kebajikan diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata altruistik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah slogan ini betul dari sudut maksud nya itu sendiri. Tranformasi bervisi peneraju altruistik mahasiswaBerdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud perkataan pada slogan di atas adalah seperti yang berikut:

1. transformasi -  perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya
2. visi - pandangan jauh, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara; wawasan
3. peneraju - orang atau pihak yang menerajui
4. altruistik - suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri
5. mahasiswa - pelajar atau penuntut di universiti

Slogan ini perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya.
Makna26.01.2023
ATRUISTIK Soalan saya: Adakah perkataan ini dalam Bahasa Melayu kerana saya mencari dalam kamus dewan tidak berjumpa.Tidak ada maklumat tentang kata atruistik dalam pangkalan data kami, yang ada ialah kata altruistik, iaitu bersikap lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain daripada kebahagiaan dan kebajikan diri sendiri.Makna24.03.2015

Kembali ke atas