Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu] | الو

Definisi : (alat) penumbuk padi dsb, antan; (bagai) guna-guna, ~ sesudah menumbuk di­campakkan prb, Mn dihargai waktu berguna dan jika tidak ada lagi perlunya dicampakkan (ditinggalkan); (bagai) dihentak ~ luncung prb, Mn dialahkan oleh orang yg tidak pandai atau yg lemah; bak ~ pencungkil duri prb Mn tidak mungkin dapat dilakukan; orang yg selancaran ~, atap yg berjahit, bendul bertekan prb, Mn perkauman yg dekat me-nurut adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu] | الو

Definisi : ; mengalu-alukan 1. menyambut ke­datangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. me­nyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pe­ngu­muman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu] | الو

Definisi : kayu dsb sbg alat penumbuk padi; antan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.lu] | الو

Definisi : ; mengalu-alukan menyambut ketibaan seseorang: Kami telah pergi ke lapangan terbang utk ~ sahabat kami itu. aluan (yg) digunakan utk mengalu-alukan: kata-kata ~. alu-aluan berkaitan dgn sesuatu utk mengalu-alukan: kata ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alu

Puisi
 

Jika berkelik parah di bukit,
     Ambil alu terkenangkan paya;
Paling muka senyumlah sedikit,
     Sudah tahu diamlah kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Dientak (hentak) alu luncung.

Bermaksud :

Dialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
barracudan ikan alu-alu, barakuda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pestlen antan, anak lesung, alu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
greetingn 1. salutation, a. (in words) tegur sapa, sapaan: her friendly ~ put everyone at ease, tegur sapanya yg mesra menyenangkan hati setiap orang; b. (by gesture or action), /bentuk, cara/ /alu-aluan, menyambut sso/: a smile, bow, nod of the head and wave of the hand are all ~s, senyum, membongkokkan badan, menundukkan kepala dan melambai, semuanya ialah cara alu-aluan; c. (in writing) salam: please convey my ~s to the family, tolong sampaikan salam saya kpd keluarga; 2. good wishes, ucapan selamat: birthday ~s, ucapan selamat hari jadi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas