Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu.mi.nium] | الومينيوم

Definisi : sj logam yg ringan (rupanya spt timah putih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu.mi.nium] | الومينيوم

Definisi : logam ringan yg rupanya spt timah putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aluminium


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kerajang aluminiumaluminium foilBahan aluminium yang sangat nipis dan ringan. Kerajang aluminium biasanya digunakan untuk membalut makanan seperti coklat. Lihat RajahSekolah Rendah
aluminiumaluminiumUnsur logam yang ringan, boleh dibentuk dan merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. Aluminium diekstrak daripada bauksit secara elektrolisis. Aluminium digunakan dalam industri perumahan dan untuk membuat bahagian tertentu kenderaan.Menengah Rendah
bauksitbauxiteBijih aluminium, iaitu aluminium oksida yang merupakan sumber utama untuk mendapatkan aluminium yang tulen.Menengah Atas
amfoterikamphotericSebatian yang berkeupayaan untuk bertindak sebagai asid dan bes. Contohnya, aluminium oksida meneutralkan asid lalu membentuk garam aluminium dan air, serta berfungsi sebagai asid apabila larut dalam alkali untuk membentuk garam aluminat.Menengah Atas
kaolinkaolinSerbuk aluminium silikat yang berwarna putih dan tidak larut dalam air atau asid mineral cair. Kaolin digunakan untuk membuat lepa, simen, baja, racun serangga, dan barang seramik seperti porselin. Ia juga dikenali sebagai tanah liat Cina.Menengah Atas
trolitrolleyBlok kecil beroda daripada aluminium atau kayu yang digunakan dalam uji kaji fizik untuk mengkaji ciri gerakan sesuatu objek dan menjelaskan konsep momentum. Lihat RajahMenengah Atas
magnaliummagnaliumAloi yang diperbuat daripada aluminium, magnesium, dan kuprum. Magnalium bersifat ringan dan kuat.Menengah Atas
konduktor habaheat conductorBahan yang boleh mengalirkan haba. Contohnya, besi, aluminium dan tembaga. Lihat RajahSekolah Rendah
bauksitbauxiteSebatian kimia semula jadi yang merupakan sumber utama untuk membuat aluminium.Menengah Rendah
berkilatshinySifat sesuatu objek yang kelihatan bersinar. Contohnya, barang kemas dan kerajang aluminium. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas