Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lu.mi.nium] | الومينيوم

Definisi : sj logam yg ringan (rupanya spt timah putih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lu.mi.nium] | الومينيوم

Definisi : logam ringan yg rupanya spt timah putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aluminium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALUMINIUM

Aluminium juga dieja aluminum , ialah logam

ringan berwarna perak yang boleh dibentuk

menjadi hampir sebarang bentuk. Aluminium

boleh digelek menjadi kepingan tebal untuk

membuat kereta kebal atau menjadi kerajang nipis

untuk membuat pembalut gula-gula getah.

UMUM 
OERSTED, HANS CHRISTIAN

Oersted, Hans Christian (1777–1851), ahli fizik

dan ahli kimia Denmark, yang meletakkan asas bagi

sains elektrokemagnetan (lihat Elektromagnet ).

Pada tahun 1820, dia mendapati bahawa jarum

kompas bergetar setiap kali dia meletakkannya

berdekatan dengan wayar yang membawa arus

elektrik. Dia mendapati bahawa setiap pengalir

yang membawa arus elektrik dikelilingi oleh

medan magnet. Oersted juga dianggap telah

menghasilkan aluminium yang pertama, pada

tahun 1825 [lihat Aluminium ( Aluminium yang

pertama)]. Dia menulis Spirit of Nature (1850).

Oersted lahir di Rudk øb ing, Denmark.

UMUM 
ALUMINA

Alumina juga dikenali sebagai aluminium

oksida , ialah sebatian yang terdiri daripada

aluminium dan oksigen, dan rumusnya Al2 O3

UMUM 
MIKA

Mika ialah nama sekumpulan mineral yang

mengandungi atom aluminium, oksigen dan

silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper.

Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia

membelah dengan licin kepingan atau lapisan

menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh,

mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak

berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau

ungu.

UMUM 
DURALUMIN

Duralumin ialah istilah bagi mana-mana satu

kumpulan aloi aluminium tembaga.

UMUM 
DEVILLE, HENRI ETIENNE SAINE-CLAIRE

Deville, Henri Etienne Saine-Claire lihat

Aluminium (Sejarah).

UMUM 
PERIVETAN

Perivetan ialah kaedah menyambungkan dua

plat logam dengan bol tanpa bebenang yang

dibuat daripada aluminium, besi, atau keluli, yang

dikenali sebagai rivet. Rivet mempunyai kepala

bulat di satu hujungnya.

UMUM 
SEPUHAN

Sepuhan ialah seni menyelaputi daun emas atau

habuk emas pada kaca, logam, kertas, porselin,

atau bahan-bahan lain. Sepuhan juga merujuk

kepada penggunaan logam seperti aluminium atau

perak.

UMUM 
KETUHAR BELANDA

Ketuhar belanda ialah periuk masak bertutup

yang dibuat daripada logam. Ketuhar belanda

moden biasanya dibuat daripada aluminium.

UMUM 
TITANIUM

Titanium ialah unsur kimia dengan simbol Ti : Ia

adalah logam yang ringan, berwarna kelabu perak.

Nombor atomnya ialah 22, dan berat atomnya ialah

47.88. Ketumpatan titanium adalah antara ketumpatan

aluminium dengan keluli tahan karat. Ia melebur

pada 1667 ° C ( _ 10 ° C) dan mendidih pada 3287 ° C.

Titanium tahan terhadap kakisan atau karat air laut

atau udara laut dan juga sebaik platinum dan lebih

baik daripada keluli tahan karat. Banyak asid dan

alkali yang mengakis tidak menjejaskan titanium.

UMUM 
12

Kembali ke atas