Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[al.u.vium] | الوۏيوم

Definisi : (Geo) tanah halus yg subur hasil drpd mendapan lumpur, pasir, selut dsb semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara, lanar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[al.u.vium] | الوۏيوم

Definisi : tanah halus yg subur hasil drpd mendapan lumpur, pasir, selut dsb semasa banjir, terutamanya di dataran banjir, dasar sungai, dan muara; lanar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aluvium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
underflowaliran bawahHidrogeologiTiadaAliran air tanah di bawah dan di sepanjang sungai permukaan, terutama di lembah aluvium. Aluvium ini dapat dianggap mempunyai dasar dan tebing yang memotong bahan yang lebih tua dan biasanya kurang telap.
alluvial plaindataran aluviumGeografiTiadaDataran yang terbentuk melalui proses pemendapan bahan aluvium. Dataran aluvium termasuk dataran delta, dataran banjir, kipas aluvium atau bajada
alluvial plaindataran aluviumGeologiTiadaDataran yang terbentuk melalui proses pemendapan bahan aluvium. Dataran aluvium termasuk dataran delta, dataran banjir, kipas aluvium atau bajada
alluviationpengaluviumanGeografiTiada1.Pembentukan aluvium atau ciri aluvium seperti kon atau kipas di tempat halaju arus berkurangan atau aliran sungai terhenti. 2. Kesan hidraulik pada pepejal yang terampai di dalam arus air
alluviationpengaluviumanGeologiTiada1.Pembentukan aluvium atau ciri aluvium seperti kon atau kipas di tempat halaju arus berkurangan atau aliran sungai terhenti. 2. Kesan hidraulik pada pepejal yang terampai di dalam arus air
compound alluvial fankipas aluvium majmukGeologiTiadaDataran aluvium yang terbentuk akibat pertumbuhan sisi kipas-kipas aluvium yang terletak bersebelahan hingga akhirnya bercantum membentuk mendapan condong yang selanjar di sepanjang depan gunung.
alluvial tintimah aluviumGeografiTiadaBijih timah yang terdapat dalam aluvium, termasuk yang dihasilkan bila sungai menghakis batuan mengandungi bijih dan seterusnya memendapkan bahan aluvium di dalam atau di dataran banjir
alluvial tintimah aluviumGeologiTiadaBijih timah yang terdapat dalam aluvium, termasuk yang dihasilkan bila sungai menghakis batuan mengandungi bijih dan seterusnya memendapkan bahan aluvium di dalam atau di dataran banjir
alluvial apronanjung aluviumGeologiTiada1. Cerun aluvium yang selanjar dan lebar, atau permukaan gersik yang landai, yang mengunjur keluar dari banjaran gunung ke dalam atau ke sekitar lembangan pedalaman, biasanya terdapat di kawasan gurun atau semigersang.,2. Mendapan aluvium di dasar bukit atau gunung atau di hadapan sebuah glasier.
alluvial terraceteres aluviumPertanianAgroteknologiDataran yang terbentuk daripada bahan yang dilimpahkan dari sungai yang mengalir di bawahnya. Teres aluvium biasanya tinggi kesuburannya kerana sentiasa mengalami pengubahsuaian daripada mendakan yang baru. Teres aluvium boleh digunakan untuk penanaman tanaman jangka pendek seperti jagung, pisang, kacang tanah dan keledek.
12345678910...

Kembali ke atas