Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alwi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD

SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam.  Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah.  Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani.  Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut.  Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya.  Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah.  Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED ALWI SYED SYEKH AL-HADI

SYED ALWI SYED SYEIKH AL-HADI (1892-1967), penulis dan tokoh kewartawanan. Beliau lahir pada 8 Ogos 1892 di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Syed Alwi ialah anak kepada Syed Syeikh al-Hadi. Syed Alwi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School, Singapura, Raffles School dan Anglo Chinese School hingga lulus Darjah Tujuh (1914). Pada bulan Mei 1914, beliau melanjutkan pelajarannya di Othmaniah Islamiah College, Beirut dalam bidang pendidikan Arab selama setahun. Beliau turut melanjutkan pelajaran di Maktab Syrian Protestant, Syria (kini American University of Beirut) selama tiga tahun. Setelah tamat dari maktab ini, beliau memasuki Kolej Perubatan tetapi tidak sempat menamatkan pelajarannya kerana Perang Dunia Pertama.

SASTERATokoh
SYED ALWI SYED HASSAN, DATO'

SYED ALWI SYED HASSAN, Dato’ (1930-2008), penulis dan pengarah drama. Beliau lahir pada 29 Mac 1930 di Pondok Tanjung, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris King Edward VII, Taiping. Selepas itu, beliau berpindah ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Cambridge pada tahun 1950. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Kewartawanan dan Seni Teater (1953-1958) dari Universiti Minassota, Amerika Syarikat. Sumbangannya terhadap bidang teater, filem dan televisyen di Malaysia membolehkan Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D Rockeffeler III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika Syarikat dari April hingga Jun 1980.

BUDAYATokoh
SYED HAMZAH JAMALULLAIL

SYED HAMZAH JAMALULLAIL (1895-1958), Raja Perlis yang kelima (1943-1945). Baginda ialah putera ketiga almarhum Syed Saffi Jamalullail (1897-1905). Baginda memerintah negeri Perlis pada masa pendudukan Jepun. Baginda dilantik sebagai Raja Perlis pada 2 Februari 1943, selepas kemangkatan Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1945). Syed Hamzah Jamalullail diiktiraf sebagai waris takhta kerajaan negeri Perlis oleh pihak berkuasa tentera Jepun. Syed Mahmud Jamalullail kakanda baginda, dan putera Syed Mahmud yang bernama Syed Hassan Jamalullail telah meninggal dunia sebelum kemangkatan Raja Syed Alwi Jamalullail.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PASPAM

PASPAM, pertubuhan bercorak sosial dan kebudayaan.  Pertubuhan ini jelas mampu membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.  Nama penuh PASPAM ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya. PASPAM ditubuhkan pada bulan September 1934, hasil anjuran Syed Alwi     al-Hadi, pengarang akhbar Saudara, yang berminat terhadap kegiatan Sahabat Pena yang telah ditubuhkan melalui akhbar Saudara pada 7 April 1934.  Syed Alwi telah menjemput rakan-rakan yang berminat dalam Sahabat Pena seperti Zainal Abidin B.A., Syekh Abdullah Maghribi, Nyak Mohd. Amin, CM. Ibrahim, Syed Abdul Rahman           al-Yahya dan Syed Ali Yahya untuk sarna-sarna menggerakkan PASPAM.

SASTERAPersatuan
TOK PERAK

TOK PERAK, drama karya Syed Alwi. Tok Perak diterbitkan pada tahun 1974 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1974 bagi kategori drama. Drama ini mula dipentaskan pada tahun 1975. Tok Perak menggabungkan pelbagai elemen seni iaitu tarian, wayang kulit, wayang gambar dan slaid.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ALANG RENTAK SERIBU

ALANG RENTAK SERIBU, drama karya Syed Alwi Syed Hassan yang diterbitkan  oleh Kumpulan Seni Teater Malaysia  pada tahun 1973.

BUDAYAKonsep
MELAYU RAYA

MELAYU RAYA, akhbar Melayu.  Akhbar ini mula diterbitkan pada 29 Ogos 1950, oleh Melayu Raya Press Limited, di Singapura.  Akhbar ini dipimpin oleh Harun Aminurrashid yang juga menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.  Antara ahli lembaga pengarah yang lain ialah Ibu Zain Sulaiman, Othman Abdul Rahman, Mohd. Salleh Alwi, Bahria Idris, Haji Mohd. Ali Haji Ali, Amir Haji Omar dan Mohd. Salleh Haji Ali.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
OTHMAN KALAM

OTHMAN KALAM (    ?   - 1955), wartawan. Tarikh lahirnya tidak diketahui. Dia lahir di Padang Rengas, Perak. Othman menerima pendidikan awal di Hogan English School, Kuala Kangsar hingga lulus Darjah Tujuh. Kemudian Othman bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Madrasah al-Mashor, Pulau Pinang. Semasa berkhidmat di madrasah tersebut, dia mengambil kesempatan mempelajari bahasa Arab hingga akhirnya ditugaskan untuk mengajar bahasa Arab di madrasah yang sama. Teman-teman sejawatnya pada ketika itu termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Syed Alwi al-Hadi, Mohammad Yunus Abdul Hamid dan Zainal Abidin Haji Alias.

SASTERATokoh

Kembali ke atas