Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi amerisium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~; kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~; perkara-per­kara ~; mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhusus­kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata am


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ungkapan kuadratikquadratic expressionUngkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0.Menengah Atas
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2.Menengah Atas
persamaan linearlinear equationPersamaan yang terdiri daripada ungkapan linear. Bentuk am persamaan linear ialah ax + by + c = 0, dengan a≠ 0 dan b≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 1.Menengah Atas

Kembali ke atas