Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi amerisium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~; kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~; perkara-per­kara ~; mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhusus­kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : secara keseluruhan atau hampir seluruhnya; umum; tidak khas: pengetahuan ~ pengetahuan ttg berbagai-bagai perkara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata am


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan istilah am ( pagi ) dan pm ( petang ) boleh digunakan dalam bahasa Melayu?Dalam bahasa Melayu perkataan am dan pm tidak diunakan, sebaliknya untuk tempoh masa 1.00 am - 11.59 am dinamakan pagi, 12.00 pm - 1.59 pm dinamakan tengah hari, 2.00 pm - 6.59 dinamakan petang, 7.00 pm - 11.59 pm dinamakan malam dan 12.00 am - 12.59 am dinamakan tengah malam.Istilah06.02.2010
kata nama am abstrak atau konkrit? kematian , penyayang, sambutan , pertama , minyak, bapa, bulan , orang , anak-anak Di antara perkataan-perkataan di atas, boleh dikategorikan sebagai KN am konkrit dan KN am abstrak. Terima kasihKematian, penyayang, sambutan, pertama ialah kata nama am abstrak. Bapa, bulan, orang, anak-anak pula ialah kata nama am konkrit. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 86.Tatabahasa16.09.2008
Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya    Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan  (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca.Lain-lain15.06.2010
Saya nak tanya, mak cik sahaja sepatutnya huruf besar atau kecil?Jika hanya perkataan "mak cik", perlu dieja dengan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang. Tetapi apabila di pangkal ayat, kata nama am ini ditulis dengan huruf besar. Untuk lebih jelas, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 95.Tatabahasa13.08.2015
Apakah perbezaan antara hari kelepasan am dan hari pelepasan am. Apakah perbezaan dan penggunaannya?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kelepasan" membawa maksud keadaan lepas (bebas); kebebasan; waktu rehat atau hari cuti, manakala "pelepasan" pula bermaksud  perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan daripada sesuatu (cukai dan lain-lain). Oleh itu berdasarkan keterangan tersebut, cadangan penggunaan yang betul ialah "kelepasan am".
Makna01.02.2022
mencari sumber mengenai teori linguistik am.

 

 

1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004

2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005

3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005

Lain-lain17.01.2008
saya ingin bertanyakan akronim bagi Lejar Am. Kalau dlam bahasa inggeris kita guna GL for General Ledger. Adakah perlu kita guna LA utnk Lejar Am atau gunakan saja GL?Untuk makluman, tidak semua perkataan boleh dijadikan akronim, termasuklah Lejar Am. Akan tetapi, jika hendak diringkaskan juga, dicadangkan supaya diletakkan dalam kurungan seperti Lejar Am (LA). Hal ini disebabkan tidak semua orang tahu kependekkan tersebut merujuk kepada Lejar Am jika hanya ditulis LA.Tatabahasa11.11.2015
Assalamualaikum tuan. Saya ingin mendapatkan kepastian kerana takut tersilap. Berdasarkan gambar yang saya lampirkan, bolehkah pihak tuan senaraikan kata nama am konkrit, kata nama am abstrak, binaan frasa dan klausa yang didapati dalam petikan tersebut? Terima kasih tuan.

1. Kata nama am konkrit  contohnya, ‘badan’, ‘orang’, ‘tubuh’ dan lain-lain. Kata nama am abstrak  pula contohnya ‘kesihatan’, ‘segar’, ‘kecergasan’, ‘penyakit’ dan lain-lain.

2. Contoh binaan frasa dan klausa dalam petikan tersebut ialah (sukan (FN) + (memainkan peranan yang penting (FK) + untuk kesihatan badan dan kecerdasan otak (Frasa keterangan tujuan) . Untuk memahami lebih lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  

Tatabahasa04.03.2019
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata nama am tak hidup institusi dan kata nama am tak hidup bukan institusi. Dalam buku teks DBP tahun 5, kata nama am tak hidup bukan institusi seperti rumah, padang, sungai. Boleh tak terangkan bagaimana nak mengajar murid tahun 5 untuk membezakan contoh antara bukan institusi dengan institusi? Sangat mengelirukan. Terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisis Sekolah Rendah, kata nama tak hidup binstitusi merujuk perbadanan, organisasi dan pertubuhan seperti sekolah, kementerian dan yayasan; manakala kata nama am tak hidup bukan institusi diberikan contoh, iaitu computer, teori, bantuan dan rumah.Tatabahasa24.01.2015
balairong seri merupakan nama khas atau nama am? bagaimana ejaan yang tepat? adakah Balairong Seri atau balairong seri? apakah perbezaan kata nama am dengan kata nama khas?

Ejaan yang betul ialah balairung seri. Perkataan ini ialah kata nama am.

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, dan berbilang atau tak berbilang. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Ejaan06.04.2011
12345678910...

Kembali ke atas