Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.mal]/[a.mal] | عمل

Definisi : 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. per­buatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt ber­derma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; beramal 1. berbuat amal, berbuat kebajikan: ia seorang yg suka ~; 2. = ~ ibadat mengerja­kan amal ibadat: tebal imannya dan rajin ~; 3. melakukan sesuatu sbg suatu kebiasaan; mengamalkan 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; amalan 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; pengamalan 1. perihal mengamalkan: ~ sistem perhambaan; 2. kesungguhan hati menger­ja­kan sesuatu; 3. pelaksanaan; pengamal orang yg bergiat dlm sesuatu profesion (sbg pekerjaan sehari-harinya): ~ perubatan; ~ undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.mal]/[a.mal] | عمل

Definisi : 1 apa-apa yg dilakukan; perbuatan; pekerjaan; kerja: Tidak ada ~nya yg melayakkan dia dipuji. 2 perbuatan yg baik; sesuatu yg dilakukan utk maksud berbuat kebajikan: Kita hendaklah berbuat ~ kpd makhluk yg lemah. ~ ibadat perbuatan utk berbakti kpd Allah (spt bersembahyang, berpuasa). ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan masyarakat (spt berderma). beramal 1 melakukan sesuatu utk kebaikan (spt berderma, memberikan bantuan). 2 melakukan sesuatu supaya menjadi kebiasaan atau supaya mahir. 3 = ~ ibadat mengerjakan amal ibadat. mengamalkan membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. amalan 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. pengamalan perihal atau perbuatan mengamalkan. pengamal orang yg mengamalkan sesuatu (ilmu, fahaman dsb); orang yg bergiat dlm sesuatu bidang pekerjaan (profesion): ~ undang-undang; ~ perubatan tradisional. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amal

Puisi
 

Kirim surat orang seberang,
     Surat ini bunga perada;
Saya pesan pada abang,
     Amal ibadat jangan dilupa.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, dalam kamus Dewan, kata ‘amal’ ditakrif sama dengan ‘perbuatan’, dari segi maksud. Namun begitu, tiada kata jamak untuk ‘amal’ dijumpai dalam daftar. Saya dapati ada kata ‘amal-amal’ dalam corpus penulisan di Malaysia dan di Indonesia. Saya ingin menggunakan ‘amal-amal’ dalam buku saya. Mungkin editor tidak bersetuju apabila manuskrip disemak. Terima kasih atas pandangan Munsyi.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud amal ialah
1. Apa sahaja yg dilakukan, perbuatan atau pekerjaan
2. Per­buatan baik
3. Melakukan sesuatu sebagai suatu kebiasaan
Maka dengan ini, cukup sekadar amal sahaja kerana sudah menunjukkan sesuatu perbuatan. Data korpus hanya merakam penggunaan perkataan yang digunakan. Dalam sesuatu penulisan rasmi, setiap perkataan yang digunakan perlu merujuk kepada kamus.
Makna16.10.2021
Amal Ahmad NasarudinView Profile Actions Apr 27th, 11:35pm Amal Ahmad Nasarudin Amal Assalamualaikum, Tuan/Puan, baru-baru ni viral di FB gambar perkataan baru seperti berikut: Sarapan Kudapan Merarau Cicipan Makan malam Gabi Soalan sy, benarkah kita akan/sedang mengguna pakai penamaan baharu itu, atau ia sekadar gurauan? Terima kasihPerkataan ini telah lama diperkenalkan kepada umum sebagai pilihan kepada perkataan yang sedia ada, bukanlah penamaan baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada.Tatabahasa07.05.2016
Fokus pada amal ibadat atau Fokus kepada amal ibadat?Fokus kepada amal ibadat.Tatabahasa20.09.2011
Salam sejahtera. Adakah perkataan "larian amal" dalam ayat berikut perlu ditulis huruf besar: Para belia dipelawa untuk menyertai larian amal yang diadakan di Putrajaya. Terima kasihLarian amal bukan kata nama khas, maka tidak perlu dieja dalam huruf besar pada ayat yang diberikan.Tatabahasa04.12.2023
Yang mana paling tepat: a) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga.". b) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga". c) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga."Penggunaan tanda baca yang betul ialah Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga."Ejaan15.02.2012
Adakah perkataan "amal baik" ada dalam kamus bahasa? Jika ada apakah maksudnya? Bagaimana dengan cara ejaan? dua perkataan atau satu perkataan?Istilah yang baku ialah amalan baik, dieja sebagai dua patah perkataan.Istilah14.12.2009
keruntuhan

Saudara Amal,

Tiada pertanyaan yang dikemukakan tentang perkataan ini. Sila jelaskan kemusykilan saudara.

Lain-lain17.03.2010
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. AmalMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai;Makna18.10.2010
orang awam yang ingin menyertai larian amal hendaklah menggunakan borang rasmi (surat)borangLain-lain14.05.2007
Nik AmalView Profile TUES 19:55 Nik Amal Nik Assalam , maaf ganggu . Nak tanya .. buku ini masih ada stok ? Psikologi kanak kanak & remaja Jas laile suzana jaafarSalam dan salam sejahtera, Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain22.11.2016
123

Kembali ke atas