Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ma.lan]/[a.ma.lan] | عملن

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ma.lan]/[a.ma.lan] | عملن

Definisi : 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
amalan bergotong-royong atau amalan gotong-royong?Ungkapan yang betul ialah 'amalan gotong-royong', iaitu bentuk frasa nama, manakala bergotong-royong ialah kata kerja yang lazimnya digunakan dalam frasa kerja seperti penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kampung.Tatabahasa12.01.2015
Assalamualaikum... Pertanyaan saya masih berkisar tentang surat kiriman rasmi yang enjadi pegangan atau amalan DBP. 1. Benarkah amalan meletakkan tanda baca pada alamat penerima dan alamat pengirim selepas tandatangan merupakan amalan lama dalam penulisan surat rasmi. Sekarang dikatakan tanda baca tidak perlu diketakkan pada setiap ayat alamat penerima dan pengirim. Amalan DBP bagaimana? 2. Tanda tiga titit (...) diletakkan jika ada lampiran. Adakah ini juga menjadi amalan DBP sebab ada pandangan mengatakan tanda tersebut sebagai penulisan gaya yang lama. Mohon penjelasan DBP. Terima kasihSalam,

1. Pertanyaan tuan kurang jelas. Akan tetapi, untuk makluman, tanda baca, iaitu tanda koma dan noktah masih digunakan dalam penulisan alamat. Tanda koma digunakan untuk mengasingkan antara no. rumah, no. jalan, nama jalan, daerah dan sebagainya. Manakala, titik diletakkan selepas negeri atau negara.

2. Berkenaan dengan tanda (...) bagi merujuk kepada lampiran yang disertakan, pihak DBP masih menggunakan amalan yang sama.
Tatabahasa20.11.2015
Mohon khidmat nasihat dbp untuk tejemahan “integral practice” Contoh ayat: A Study of the Meaning of Integral Practice of the Religion Under Article 11 of the Federal ConstitutionKami mencadangkan "integral practice" diterjemahkan sebagai "amalan integral", "amalan kamiran" atau "amalan bersepadu". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan26.04.2022
Amalan/Nilai berhemah tinggi/hemah tinggi harus kita amalkan. Dlm ayat tersebut, frasa berhemah tinggi betul atau hemah tinggi betul?Frasa yang betul untuk ayat yang dikemukakan ialah berhemah tinggi.Tatabahasa01.01.2015
Amalan menebang haruslah diamalkan sejak kecil lagi(betul atau salah?)betulTatabahasa15.06.2011
Amalan membaca kegemaran yang berfaedah. apakah predikat ayat tersebut? dan apakah frasa yang membentuk predikat ayat stersebut? pengarang novel panas salju tingkatan 3 ialah Talib Samad atau Talib Samat?

Predikat tersebut ialah kegemaran yang berfaedah. Bagi ayat kedua, perkataan ialah boleh dimasukkan ataupun ditinggalkan.

Tatabahasa25.06.2010
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'?Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun.Lain-lain05.05.2010
saya ingin bertanya sama ada betul atau tidak penggunaan bagi "amalan pembelian peka selamat" di mana amalan pembelian yang mengutamakan ciri-ciri keselamatan ketika pembelian dilakukan oleh pengguna."Amalan pembelian peka selamat" - ungkapan ini kurang tepat dan tidak boleh diringkaskan. Cadangan kami "Amalan pembelian yang peka terhadap keselamatan".Tatabahasa05.03.2010
1)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak dari' kecil lagi. 2)Amalan menabung haruslah diamalkan 'sejak' kecil lagi.Amalan menabung haruslah diamalkan sejak kecil lagi.Tatabahasa21.04.2011
Hello, 1. saya inginkan kepastian ungkapan yang betul bagi ungkapan yang berikut: (a) kedua ibu bapa (b) kedua-dua ibu bapa yang manakah gramatis? 2. penggunaan kata ganti diri 'ia' amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia. IA mendidik kita agar mengamalkan nilai murni. betulkah 'ia' digunakan bagi menggantikan amalan bergotong royong dalam perenggan di atas? 3. segelintir (a) SEGELINTIR DARIPADA pelajar suka bermain bola (b) SEGELINTIR pelajar suka bermain bola. yang mana gramatis? adakah semua kata bilangan himpunan mesti diikuti oleh 'daripada'? terima kasihJawapan yang betul ialah 1. kedua-dua ibu bapa. 2.  kata 'ia' bagi menggantikan amalan bergotong royong adalah tidak sesuai. Yang tepat ialah amalan ini mendidik kita agar mengamalkan nilai murni.  3. Segelintir pelajar suka bermain bola.Lain-lain27.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas