Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ma.lan]/[a.ma.lan] | عملن

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsb) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ma.lan]/[a.ma.lan] | عملن

Definisi : 1 perbuatan yg baik-baik. 2 perbuatan yg biasa dilakukan; kebiasaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amalan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
seruk MSrmengundang seseorang menghadiri kenduri dari rumah ke rumah (secara bersemuka), amalan ini lebih menunjukkan hubungan silaturahim yang kuat atara penduduk di sesebuah tempat.Dan yang paling dia pasti, sama ada pengilan di rumah orang berkahwin, majlis tahlil, majlis doa selamat, niga atau nujuh orang mati, makan hol atau apa-apa sahaja, pendek cerita, seruk sahaja dia akan datang.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketebung Ibsejenis gendang berbentuk panjang yang dibuat daripada rumbang dan kulit.Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gendang pampat Ibsejenis irama yang dihasilkan oleh paluan tujuh biji ketebung iaitu sejenis gendang.Memang sudah menjadi amalan di kalangan orang Iban pada zaman dahulu untuk anak-anak yang baru hendak meningkat dewasa belajar memukul ketebung dan gendang serta menghasilkan irama yang disebut gendang pampat.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas