Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.li]/[Öa.mali] | عملي

Definisi : bkn pelaksanaan prinsip atau teori (yg dipelajari dsb), berasaskan pengamalan (pelaksanaan) sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dsb: selain mengikuti kuliah, bakal guru itu juga menjalani pelbagai latihan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.li]/[Öa.mali] | عملي

Definisi : yg dikerjakan atau yg dibuat (sbg lw teori): kerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amali


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERAPI PEKERJAAN

Terapi pekerjaan ialah penggunaan aktiviti

amali untuk merawat kecacatan fizikal dan mental.

Doktor sering mempreskripsikan jenis rawatan ini

bagi orang yang mengalami kecederaan, penyakit,

masalah emosi, atau penuaan. Terapi pekerjaan

menumpukan perhatian, terutamanya dalam

membantu pesakit membina kemahiran yang

diperlukan untuk melaksanakan tugas khusus.

UMUM 
NUTTING, MARY ADELAIDE

Nutting, Mary Adelaide (1858–1948),

kelahiran Kanada, ialah pemimpin dalam

pembangunan profesional kejururawatan di

Amerika Syarikat. Dia berusaha untuk

mengukuhkan standard profesional dalam kedua-

dua lapangan pendidikan jururawat dan amalan

kejururawatan. Dia membangunkan beberapa

program latihan yang melengkapi pengalaman

amali di hospital dengan mengadakan panduan

kelas dalam aspek prinsip kejururawatan.

UMUM 
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
OSLER, SIR WILLIAM

Osler, Sir William (1849–1919), doktor Kanada dan

salah seorang pendidik perubatan yang terulung.

Salah satu sumbangan Osler yang paling dikenali

dalam dunia perubatan ialah pembentukan sebuah

klinik di Johns Hopkins Hospital di Baltimore,

Maryland, Amerika Syarikat. Klinik ini menjadi model

bagi pendidikan perubatan moden di Amerika

Syarikat. Osler begitu cenderung menggunakan

“pesakit sebagai teks”, dan dia menyempurnakan

kaedah pengajaran dengan menggalakkan penuntut

melibatkan diri dalam merawat pesakit dan belajar

seni rawatan amali di sisi pesakit.

UMUM 

Kembali ke atas