Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: baha­gia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan ama­nah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mah­kamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta; 6. (Eko) peraturan yg menen­tu­kan tujuan dan pentadbiran harta amanah; ~ saham skim pelaburan yg dikendalikan dan diurus oleh sesebuah organisasi bagi pihak pelabur: A~ Saham Bumiputera; A~ Saham Mara; A~ Saham Nasional; 7. ark pesan, amanat; beramanah ark beramanat; mengamanahkan 1. mempercayakan (me­nye­rah­kan kepercayaan) kpd, menyerahkan (utk disimpan, dilakukan sesuatu, dsb): lombong-lombong itu dikuasai oleh orang-orang yg diamanahkan oleh raja; barang dagangan yg diamanahkannya kpd Nakho­da Jaya; 2. ark mengamanatkan; pengamanahan perihal (perbuatan, tinda­kan dsb) mengamanahkan: penyerahan tepak sirih ini bermakna rasmilah upacara ~ tanggungjawab kpd pembawa adat; pengamanah orang atau badan dsb yg memegang (menguruskan, melaksanakan, dll) sesuatu amanah, pemegang amanah: ~ boleh membuat perisytiharan bagi pembentukan badan amanah tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.nah] | امانه

Definisi : 1 dpt dipercayai; jujur: Jangan bimbang, sahabatku itu ~ orangnya. 2 sesuatu yg dipercayakan kpd orang lain: Bahagian timur Pulau Papua telah diurus oleh Australia sbg ~ drpd Bangsa-Bangsa Bersatu; 3 nasihat, perintah dll yg diterima utk dilaksanakan atau utk disampaikan kpd orang lain; wasiat; pesan: Arwah ayahmu ada meninggalkan ~ supaya engkau terus belajar hingga ke universiti. beramanah menyampaikan amanah; berpesan. mengamanahkan 1 memberi amanah atau pesan kpd. 2 mempercayakan sesuatu kpd: Allahyarham telah ~ segala bukunya kpd Universiti Malaya. pengamanahan perihal atau perbuatan mengamanahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amanah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
discretionary trustamanah budi bicaraPentadbiran PerniagaanTiadaSejenis amanah yang membolehkan pemegang amanah menggunakan budi bicara dalam pembahagian pendapatan kepada benefisiari.
bai‘ amanahjual beli amanahPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang menyatakan unsur kos di dalam kontrak dan penjual hendaklah menyatakan kos yang sebenar. Contohnya, dalam akad jual beli bai‘ murabahah, harga ditetapkan berdasarkan kos ditambah dengan untung. Maka, kos tersebut ialah kos yang sebenar. Contoh lain bagi bai‘ amanah ialah bai‘ tauliah, bai‘ wadhi’ah dan bai‘ isyrak.
Amanah Ikhtiar MalaysiaAmanah Ikhtiar MalaysiaEkonomiEkonomi IslamSebuah institusi kewangan mikro yang khusus ditubuhkan di Malaysia untuk membasmi kemiskinan melalui penyediaan pinjaman tanpa faedah. Modalnya diperoleh daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Antara skim pinjaman yang ditawarkan ialah skim pembiayaan penyayang, skim pembiayaan ibu tunggal dan skim pembiayaan bestari. Penerima skim ini perlu memenuhi syarat tertentu seperti tingkat pendapatan yang rendah, membentuk kumpulan dan mengikuti latihan kemahiran yang diperlukan.
Amanah Saham Bank IslamAmanah Saham Bank IslamEkonomiEkonomi IslamDana unit amanah Islam yang dikelolakan oleh BIMB Holdings Berhad. Tujuannya adalah untuk menyediakan ruang saluran bagi pelabur mengumpulkan dana yang diuruskan oleh BIMB Securities Sdn. Bhd. dan melaburkannya dalam syarikat yang diluluskan oleh syariah.
funded trustamanah terbiayaPentadbiran PerniagaanTiadaSyarikat insurans hayat biasanya tidak boleh bertindak sebagai pemegang amanah atau penjaga atau menggunakan pertimbangan mereka semasa membuat pembayaran kepada waris. Dalam beberapa kes adalah dinasihatkan supaya prosid polisi dibayar kepada syarikat amanah, diagihkan di bawah syarat-syarat perjanjian amanah dan dengan ini memberi kelonggaran dalam pengagihan prosid. Pemegang amanah tidak hanya diberi kuasa ke atas polisi dan prosid tetapi juga sekuriti atau lain-lain harta untuk menyediakan dana bagi membayar premium.
irrevocable trustamanah tak boleh mansuhPentadbiran PerniagaanTiadaAmanah yang tidak boleh dibatalkan oleh yang membuat amanah berkenaan.
inter-vivos trustamanah inter-vivosPentadbiran PerniagaanTiadaAmanah yang melibatkan orang yang masih hidup. Contoh: tabung amanah yang disediakan oleh seorang bapa untuk anaknya sewaktu bapa itu masih hidup.
life insurance trustamanah insurans hayatinsuransTiadaPolisi insurans hayat yang menamakan syarikat amanah sebagai waris dan mengagihkan prosid daripada polisi tersebut mengikut syarat perjanjian amanah.
trusteeship councilmajlis pemegang amanahSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem pemegang amanah PBB yang telah menggantikan Sistem Mandat Liga Bangsa (LBB). Di bawah sistem ini, PBB melalui majlis pemegang amanah melantik negara tertentu untuk mentadbir wilayah yang penduduknya dianggap masih tidak berupaya memerintah sendiri. Wilayah yang ditadbir melalui sistem ini ialah negara bekas jajahan kuasa yang kalah dalam Perang Dunia Kedua. Antara negara bekas jajahan tersebut ialah Rwanda, Burundi, Tanzania, Togoland, Cameroon, Naurau dan Somalia. Pada 1 November 1994, majlis ini menangguhkan operasinya selepas Palau, iaitu wilayah terakhir yang ditadbir oleh sistem ini mencapai kemerdekaan pada 1 Oktober 1994.
life insurance trustamanah insurans hayatPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans hayat yang menamatkan syarikat amanah sebagai waris dan mengagihkan prosid daripada polisi tersebut mengikut syarat perjanjian amanah.
12345678910...

Kembali ke atas