Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Selamat mati bertikam, Mati di padang paya buluh; Peganglah amanat dengan pesan; Ada batang cendawan tumbuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Petang Jumaat memukul beduk, Sesudah itu orang pun qamat; Peganglah amanat elok-elok, Supaya badan jadi selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Angin barat gelombang barat, Deru ombak bukan kepalang; Ingin selamat pegang amanat, Bila tidak hidupkan malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau duduk sembahyang Jumaat, Ingat berdiri sebelum sembahyang; Kalau hidup memegang amanat, Adat diisi lembaga dituang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat beraja mengenang daulat, Adat berpenghulu ingatkan maruah; Adat bekerja memegang amanat, Adat berguru ingatkan petuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau redup pasanglah kandil, Kalau menepi pasanglah belat; Kalau hidup peganglah wakil, Kalau mati peganglah amanat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |