Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ma.nat] | امانت

Definisi : Ar 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya; penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah; beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan; mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Per­dana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ma.nat] | امانت

Definisi : amanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amanat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
messageamanatKesusasteraanPuisiPesan yang disampaikan oleh penyair kepada khalayak. Lazimnya dalam puisi tradisional seperti pantun. Amanat ini disampaikan secara tersurat sedangkan dalam puisi moden lebih banyak secara tersirat.
light versesajak ringanKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi isi pemikiran dan amanat yang ringan, mudah ditanggap dan dihayati khalayak. Puisi ini mempunyai ketepatan tentang isi dan amanat yang hendak disampaikan dan mempunyai struktur dan bentuk yang menarik. Contohnya, puisi kanak-kanak.
budget messageamanat belanjawanPentadbiranTiadaTiada
broadcast messageamanatKomunikasiTiadaTiada
messageperutusan; pesanan; mesejKesusasteraanTiadaAmanat, nasihat yang harus disampaikan atau dilakukan kepada orang lain.
literary balladbalada sasteraKesusasteraanPuisiPemikiran dan amanat pengarang diungkapkan dalam bentuk naratif atau cerita. Lazimnya balada sastera dalam genre puisi ini disampaikan dalam bentuk berangkap yang terdiri daripada empat baris. Setiap rangkap mempunyai rima a b c b. Asalnya balada sastera ini diciptakan bertujuan untuk dinyanyikan .
lampoonlampunKesusasteraanPuisiPuisi yang isi atau amanat yang disampaikan oleh penyairnya penuh dengan unsur dan nada sindiran. Contohnya, pantun empat kerat dalam Bunga Gerimis susunan Dharmawijaya di bawah. Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi.
apostrophealih seruKesusasteraanPuisiGaya pengalihan gagasan, maksud atau amanat daripada wujud kepada yang tidak wujud atau sebaliknya. Contohnya, Wahai roh-roh pejuang bangsa, Iringilah ketabahan jiwa kami.
bucolicbukolikKesusasteraanPuisiPuisi desaan atau puisi gembala. Lazimnya membawa amanat yang mengandungi unsur-unsur nasihat, petunjuk dan pedoman hidup.
mediumsaranaKesusasteraanPuisiAlat bagi menyampaikan atau mengembangkan pemikiran dan amanat penyair. Lazimnya bahasalah yang rnenjadi sarana utama dan dominan dalam proses menyampaikan sesuatu pemikiran. Contohnya, bahasa pertuturan atau bahasa isyarat yang menggunakan lambang-Iambang tertentu yang diketahui dan diterima pakai umum. Sinonim media.
12

Kembali ke atas