Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mat] | امت

Definisi : sangat: ~ mahal; ~ terkejut; ~ sangat tersangat, terlampau, terlalu; memperamat, memperamat-amat, memperamatkan, memperamat-amatkan memperhebat, mempersangat: ~ pukulan; teramat tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; keamatan 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati, mengamat-amati 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, meng­awasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis; pengamatan, pengamat-amatan peng­awas­an, penelitian: drpd ~ saya yg sungguh-sungguh, saya mendapat kesan bahawa dialah yg bersalah; pengamat pengawas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mat] | امت

Definisi : benar-benar; sangat: ~ cantik; ~ pandai. keamatan ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elekrik dsb). teramat terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.mat] | امت

Definisi : ; mengamati 1 melihat dgn teliti: Beliau telah ~ gambar itu utk mengetahui yg manakah gambar adiknya. 2 memperhatikan sesuatu dgn sungguh-sungguh; mengawasi: Pihak polis sedang ~ setiap gerak-geri mereka. pengamatan perbuatan atau hal mengamati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat

Puisi
 

Rumah baru sudahlah siap,
     Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
     Kuat ketam kerana sepit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Bagai emak mandul baru beranak.

Bermaksud :

Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Amat pandai, pandai amatNik Safiah KarimBerita Harian20.09.1993
Amat mengecewakanSofia HusainBerita Harian06.09.1990
Amat MengerikanSaleha AhmadMingguan Famili23.12.1990
Segar amat balanyaAhmad Nawawi YaakobBerita Harian31.12.2006
'Saya amat terkilan'Mohd Nasif BadruddinHarian Metro27.11.2007
Waktu amat berhargaTiadaUtusan Zaman02.02.1985
APS amat mencintai nilai-nilai tradisiTiadaWatan31.07.1993
Kita amat perlu memasyarakatkan puisiTiadaUtusan Zaman09.09.1990
Cabaran amat berat menantiQuek, LawrenceUtusan Malaysia26.08.1995
Penyair amat peka dan prihatin terhadap apa yang berlaku di sekitar...R Hamzah DuaUtusan Borneo01.11.1995
12345678910...

Kembali ke atas