Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amatlah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan berkenaan didahului: Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan "didahului" dengan ucapan ribuan terima kasih. kerjasama tuan dalam hal ini amatlah di dihargai dan pihak kami mendahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semakan saya menggunakan kamus dewan 4 ,perkataan didahului tidak wujud. Mohon Juga pencerahan sama ada perkataan mendahului, didahulukan ....wujud.Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, terdapat perkataan “didahului”, “mendahului” dan “didahulukan”. Antara maksud perkataan “didahului” dan “mendahului” seperti yang berikut:
  1. Melepasi (seseorang atau sesuatu) dan berada di hadapan.
  2. Melebihi atau mengatasi seseorang atau sesuatu dari segi bilangan, markah, prestasi dan sebagainya yang diperoleh.
  3. Melakukan sesuatu lebih awal atau lebih cepat daripada seseorang atau sesuatu.
  4. Berlaku atau wujud sebelum atau lebih awal daripada sesuatu yang lain.
  5. Menduduki tempat paling atas dalam (senarai, carta dan sebagainya).
  6. Memberikan keutamaan pada sesuatu berbanding dengan yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 466.

Makna10.12.2023
"Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan ke atas perkara ini amatlah kami hargai." Adakah ayat di atas gramatis?Cadangan padanan jawapan ialah "Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini, amatlah kami hargai."Lain-lain28.07.2022
Kerjasama dan perhatian pihak "Tuan atau tuan" dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang manakah yang lebih tepat? "Tuan" atau "tuan"Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.Tatabahasa30.10.2017
yang mana yang betul? Kerjasama YBhg Dato' amatlah dihargai. atau, Kerjasama daripada YBhg Dato' amat dihargai. Apa beza "kerjasama Dato'" dengan "kerjasama daripada Dato'"?

Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa26.11.2009
Mohon pecerahanan penulisan yang betul, "dari masa ke semasa" atau "dari semasa ke semasa". Maklum balas amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah dari semasa ke semasa. Tatabahasa05.10.2020
Mohon pihak DBP untuk memberi format surat rasmi untuk dijadikan rujukan dan panduan jabatan. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.Lain-lain12.05.2014
sebarang artikel mengenai impak penggunaan english dalam subjek sains dan matematik kepada bahasa, budaya dll. segala informasi amatlah dihargaiSila rujuk bahan ini : 1. Penggunaan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik: mengapa patut ditolak Awang Sariyan Dewan Bahasa 01/08/2002. 2. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik - Pelita Bahasa 01/07/2002 3. Forum Penggunaan Bahasa Inggeris Mawar Shafei Pelita Bahasa 01/04/1995Lain-lain31.07.2007
SOALAN SAYA BERKAITAN DENGAN FORMAT SURAT RASMI. ADAKAH PERLU DI NOMBORKAN BAGI AYAT/PARA 'KERJASAMA DAN PERHATIAN PIHAK TUAN AMATLAH DIHARAPKAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH'. SESETENGAH ORANG MENGATAKAN IANYA TIDAK PERLU ADA NOMBOR. SEKIAN, TERIMA KASIHUntuk makluman, kami di DBP tidak memberikan nombor pada perenggan yang tuan/puan maksudkan. Begitu juga dengan perenggan pertama dalam surat rasmi.Lain-lain25.05.2017
Salam, saya nak tahu maksud pandangan jagat dalam erti kata sebenar atau mengikut kamus dewan. kerjasama yang akan diberikan amatlah dihargai. sekian terima kasih.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain06.10.2010
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya kepada siapakah boleh saya hantarkan karya saya untuk diterbitkan di majalah atau akhbar? Maklum balas pihak DBP amatlah saya hargai. Terima kasihSila kemukakan karya tuan kepada Ketua Editor Majalah, Encik Azmi bin Ibraim melalui talian 03-21470000 atau e-mel azmi@dbp.gov.my. Karya yang sesuai akan disalurkan kepada Editor majalah yang berkenaan untuk dipertimbangkan penerbitannya.Lain-lain09.08.2016
12345678910...

Kembali ke atas