Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amazon


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI AMAZON

Sungai Amazon ialah sungai kedua terpanjang di

dunia selepas Sungai Nil di Afrika. Sungai ini

merupakan sungai utama di Amerika Selatan dan

sepanjang 6437 kilometer. Sungai Amazon

mengandungi lebih banyak air daripada sungai-sungai

lain seperti Sungai Mississippi, Sungai

Yangtze, dan Sungai Nil yang digabungkan bersama.

UMUM 
AMAZON

Amazon ialah bangsa bagi sekumpulan wanita

yang suka berperang dalam mitos Yunani. Mereka

tinggal di sebuah kawasan di Asia Kecil yang

dikenali sebagai Cappadocia. Mereka hanya

bertemu dengan lelaki di medan perang dan

ketika satu upacara penyatuan seks dengan orang

Gorgarensia yang berjiran dengan mereka.

Amazon membunuh semua anak lelaki yang lahir

hasil daripada penyatuan ini, tetapi memelihara

anak-anak perempuan mereka dan melatih

mereka dalam seni peperangan.

UMUM 
HUTAN HUJAN AMAZON UMUMKonsep
SUNGAI MADEIRA

Sungai Madeira ialah cabang terbesar Sungai

Amazon dan merupakan laluan perdagangan yang

penting di Amerika Selatan. Madeira ialah perkataan

Portugis yang bermakna kayu atau balak. Sungai itu

dinamakan sedemikian kerana sungai ini terlalu

banyak menghanyutkan kayu.

UMUM 
MONYET BERBULU

Monyet berbulu ialah sejenis monyet besar

yang tinggal di lembangan Sungai Amazon di

Amerika Selatan. Ada dua spesies – monyet

berbulu biasa yang juga dikenali sebagai monyet

berbulu Humboldt, dan monyet berbulu berekor

kuning.

UMUM 
SUNGAI PARANÁ

Sungai Paraná ialah sungai kedua terpanjang di

Amerika Selatan selepas Sungai Amazon.

Panjangnya kira-kira 4000 kilometer. Sungai Paraná

berpunca di selatan Brazil, iaitu pertemuan Sungai

Rio Grande dan Sungai Paranaiba. Dari sini, Sungai

Paraná mengalir ke selatan melalui Brazil dan

sepanjang sempadan di antara Brazil dengan

Paraguay. Kemudian sungai ini menjadi sempadan

di antara Paraguay dengan Argentina dan mengalir

melalui Argentina. Sungai ini masuk ke Lautan

Atlantik melalui muara yang dikenali sebagai

Sungai Plata (Rio de la Plata). Kapal boleh mudik

melalui muara itu dan terus sampai ke Paraná

sejauh Rosario, Argentina, iaitu 640 kilometer dari

Lautan Atlantik. Sungai Paraguay ialah cabang

utama Sungai Paraná. Lihat juga Rio de la Plata;

Sungai Paraguay.

UMUM 
IKAN SINAR-XIkan sinar-x ialah ikan karnivor kecil yang hidup
di bahagian muara Sungai Amazon, termasuk
di perairan yang agak masin.
UMUMUmum
TITI

Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan.

Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di

Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi

jantan dan betina lebih kurang sama besarnya.

Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40

sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter

hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu

kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang

kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan

sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya

buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan

serangga.

UMUM 
EL DORADO

El Dorado ialah nama kerajaan khayalan yang

kaya-raya yang terletak di Sungai Amazon.

UMUM 
ORELLANA, FRANCISCO DE

Orellana, Francisco de (1511?–1546) ialah

penjelajah Sepanyol, mengetuai ekspedisi orang

Eropah yang pertama belayar sepanjang Sungai

Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 
12

Kembali ke atas