Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.bi.gui.ti] | امبيݢويتي

Definisi : kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ~ yg ketara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.bi.gui.ti] | امبيݢويتي

Definisi : kesamaran atau ketidaktentuan yg memungkinkan dua tafsiran dibuat terhadap sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambiguiti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ambiguityambiguitiKesusasteraanTiadaPenjamakan makna yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Perkataan, frasa, ayat atau idea boleh memiliki atau menghasilkan lebih daripada satu maksud atau berbilang maksud, sehingga maksudnya yang sebenar menjadi kabur atau tidak dapat dipastikan dengan tepat. Pada awal perkembangannya, kehadiran ambiguiti khususnya dalam puisi tidak disenangi oleh kebanyakan penulis kerana menimbulkan kekaburan. Namun, Willian Empson dalam bukunya Seven Types of Ambiguity (1930) mengatakan bahawa kehadiran ambiguiiti dalam puisi dalam kewajarannya. Ambiguiti dikatakan dapat memperluas cakupan maksud sesebuah puisi kerana kehadirannya memungkinkan pembaca mentafsirkan pelbagai lapisan makna dalam puisi tersebut. Ambiguiti dalam bahasa Latin bermaksud �berubah-ubah� atau �tidak pasti�. Ambiguiti dikenali juga sebagak �ketaksaan�.
ambiguityambiguitiKesenianDrama dan TeaterPengucapan sesuatu idea dalam bahasa yang mempunyai lebih daripada satu makna dan meninggalkan kesan kesamaran dari segi maksud sebenar ekspresi yang terkandung dalamnya. Penggunaan gaya pengucapan ini boleh disengajakan oleh pengkarya atau pengucapnya. Contohnya, pengucapan oleh watak Adam, iaitu “aku adalah kau dan kau adalah aku” dalam drama Bukan Bunuh Diri, karya Dinsman.
ambiguityambiguitiKesusasteraanTiadaKesamaran makna dalam penggunaan bahasa.

Kembali ke atas