Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.bil] | امبيل

Definisi : ; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, me­me­tik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyim­pan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. meme­gang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapat­kan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuan­nya atau dgn tidak mendapatkan kebenaran­nya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterang­an, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd bebe­­rapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan per­kahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan me­masukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hen­dak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memer­lukan, memakan) masa; ~ menantu men­jadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau men­dapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik se­mangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) ke­untungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ baha­gian orang yg mengambil bahagian, peserta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.bil] | امبيل

Definisi : ; mengambil 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. ~ anak menerima dan membela anak orang sbg anak sendiri. ~ angin keluar bersiar-siar utk menyedut udara nyaman. ~ bahagian turut menyertai sesuatu perkara. ~ berat memberi perhatian dgn sunguh-sungguh; mempedulikan. ~ gambar membuat gambar dgn kamera. ~ hati memikat hati. ~ ingatan membuat sbg peringatan. ~ keputusan membuat keputusan. ~ kesempatan (peluang) menggunakan sesuatu kesempatan atau peluang. ~ langkah a. mula melangkah (berjalan). b. mula bertindak. ~ peperiksaan (ujian) menyertai sesuatu peperiksaan atau ujian. mengambilkan mengambil utk: Ia ~ anaknya makanan yg tersimpan di dlm almari itu. ambilan yg diambil. pengambilan perbuatan atau hal mengambil. pengambil orang atau pihak yg mengambil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil

Puisi
 

Ambil lepas dalam cerana,
     Ambil tali ikat peria;
Ambo nak pelepas anak teruna,
     Pelepas sekali anak dara.


Lihat selanjutnya...(142)
Peribahasa

Buka kulit,
     ambil (= tampak) isi.

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
solicitude n sikap ambil berat: he was deeply touched by the ~ shown to him by his neighbours after the fire, dia sungguh terharu atas sikap ambil berat jiran-jirannya selepas kebakaran itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
solicitously adv anxiously, concernedly, dgn menunjukkan sikap ambil berat: the nurse enquired ~, “does the leg hurt a lot?”, jururawat itu bertanya dgn menunjukkan sikap ambil berat, “adakah kaki anda terasa sakit sangat?”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incuriousadj tdk mahu ambil tahu; (attrib) acuh tak acuh: he was completely ~ about my reasons for wanting to leave the company, dia tdk mahu ambil tahu mengapa saya hendak meninggalkan syarikat itu; she gave them an ~ glance, dia memandang mereka acuh tak acuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hearttake ~ from, mendapat semangat drpd; take to ~, /berasa kecil hati, ambil hati thdp/: don’t take his criticism to ~, jangan ambil hati thdp kritikannya; to o’s ~’s content, sepuas-puasnya: the children played to their ~s’ content, budak-budak itu bermain sepuas-puasnya; wear o’s ~ on o’s sleeve, /menunjukkan, memperlihatkan/perasaan sso: he is not the type of man to wear his ~ on his sleeve, dia bukan jenis lelaki yg suka memperlihatkan perasaannya; with all o’s ~, dgn setulus hati: I wish you well with all my ~, saya dgn setulus hati mendoakan kesejahteraan saudara; young at ~, berhati muda, muda di hati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
witness5. take, for example, (ambil) misalnya sbg contoh: no examination system is perfect; ~ Einstein, who was thought to be a poor scholar at school, tdk ada sistem peperiksaan yg sempurna; ambil misalnya, Einstein, yg dianggap sbg pelajar mundur di sekolahnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indifferentadj 1. a. apathetic, unmoved, bersikap tdk ambil /peduli, kisah/; (foll by “to”, “towards”) tdk /mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan/: he is ~ to the misery about him, dia tdk mengendahkan penderitaan di kelilingnya; a man who was completely ~ to danger, lelaki yg sama sekali tdk mengendahkan bahaya; b. having no interest in or preference for one thing over another, tdk (ambil) /kisah, peduli/: we cannot remain ~ in this dispute, kita tdk boleh bersikap tdk ambil peduli dlm pertelingkahan ini; 2. (mediocre) biasa, sederhana; (not very good, fairly bad), /tdk begitu, kurang/ baik: after an ~ meal, we set off again, selepas menikmati jamuan yg sederhana, kami meneruskan perjalanan semula; an ~ player, pemain yg tdk begitu baik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curiosityn 1. eagerness to learn, sifat ingin tahu; (derog), (sikap) suka ambil tahu: children have a natural ~ about the human body, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yg semula jadi ttg tubuh badan manusia; your ~ may lead you into trouble, sikap suka ambil tahu kamu itu nanti akan menyusahkan kamu; be burning with ~, ingin tahu sangat: we were burning with ~ as to what was being said in the next room, kami ingin tahu sangat ttg apa yg diperkatakan di bilik sebelah; 2. so. or st strange, keanehan, keganjilan: a veiled woman would be a ~ in that country, wanita yg memakai purdah merupakan suatu keanehan di negara itu; that old wing chair is quite a ~, kerusi lama yg bersayap itu merupakan suatu keanehan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
indifferencen state of, a. (being apathetic) sikap tdk ambil /peduli, kisah/; (foll by “to”, “towards”) sikap tdk /mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan/: his ~ to the sufferings of the refugees raised much comment, sikapnya yg tdk mempedulikan penderitaan pelarian menimbulkan begitu banyak kritikan; treat so. with ~, tdk /mengendahkan, menghiraukan, mempedulikan/ sso: he was treated with ~, dia tdk diendahkan; b. (having no interest in or preference for one thing over another) sikap tdk (ambil) / kisah, peduli/; be a matter of ~ to so., sso tdk /peduli, kisah/: what you do is a matter of ~ to me, saya tdk kisah apa kamu buat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
playbergurau, jadi jangan ambil hati; into ~, setelah [sst] bermula, [sst] berjalan selama: when the game was only three minutes into ~, the first goal was scored, baru tiga minit sahaja setelah permainan itu bermula or permainan itu baru saja berjalan selama tiga minit, jaringan pertama dibuat; make /a, o’s/ ~ for, a. try to get, berusaha utk mendapatkan: one of the senior officers has made his ~ for the director’s job, salah seorang pegawai kanan telah berusaha utk mendapatkan jawatan pengarah; b. try to attract (so.), mengurat: he started making a ~ for the new typist soon after she joined the firm, dia mula mengurat jurutaip baru itu tdk lama selepas gadis tersebut bekerja di firma itu; out of ~, keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uninformedadj jahil: the ~, uncaring public, orang ramai yg jahil dan tdk ambil peduli.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas