Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.bil] | امبيل

Definisi : ; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, me­me­tik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyim­pan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. meme­gang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapat­kan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuan­nya atau dgn tidak mendapatkan kebenaran­nya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterang­an, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd bebe­­rapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan per­kahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan me­masukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hen­dak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memer­lukan, memakan) masa; ~ menantu men­jadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau men­dapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik se­mangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) ke­untungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ baha­gian orang yg mengambil bahagian, peserta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.bil] | امبيل

Definisi : ; mengambil 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. ~ anak menerima dan membela anak orang sbg anak sendiri. ~ angin keluar bersiar-siar utk menyedut udara nyaman. ~ bahagian turut menyertai sesuatu perkara. ~ berat memberi perhatian dgn sunguh-sungguh; mempedulikan. ~ gambar membuat gambar dgn kamera. ~ hati memikat hati. ~ ingatan membuat sbg peringatan. ~ keputusan membuat keputusan. ~ kesempatan (peluang) menggunakan sesuatu kesempatan atau peluang. ~ langkah a. mula melangkah (berjalan). b. mula bertindak. ~ peperiksaan (ujian) menyertai sesuatu peperiksaan atau ujian. mengambilkan mengambil utk: Ia ~ anaknya makanan yg tersimpan di dlm almari itu. ambilan yg diambil. pengambilan perbuatan atau hal mengambil. pengambil orang atau pihak yg mengambil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil

Puisi
 

Ambil lepas dalam cerana,
     Ambil tali ikat peria;
Ambo nak pelepas anak teruna,
     Pelepas sekali anak dara.


Lihat selanjutnya...(142)
Peribahasa

Buka kulit,
     ambil (= tampak) isi.

Bermaksud :

Pembicaraan atau perundingan secara berterus terang.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan kata 'ambil berat' ? 1) Ibu bapa harus ambil berat akan anak-anak mereka. 2) Mereka sangat ambil berat terhadap anak-anak yatim. 3) Mak Su sangat ambil berat terhadap jirannya.Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. Dari segi konteks  penggunaan perkataan "ambil berat" dalam ayat di atas  adalah betul.Tatabahasa22.05.2013
maksud perkataan cakna, pewaris

Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

 

Makna26.04.2009
Bolehkan perkataan 'cakna' digunakan dalam karangan penulisan diperingkat UPSR,PMR atau SPM.Adakah perkataan ini diterima oleh lembaga peperiksaan.Cakna membawa makna - merupakan dialek Negeri  Terengganu iaitu ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

Dibenarkan menggunakan dialek dalam penulisan asalkan dialek tersebut telah disahkan dan diterima pakai dalam konteks rasmi, contohnya perkataan tersohor, cakna dsbnya.    
Tatabahasa10.10.2012
Maksud 'pot' dalam frasa 'tidak ambil pot' dan asal usul frasa tersebut.Penggunaan yang betul ialah tidak ambil peduli. Frasa "tidak ambil pot" merupakan bahasa pasar.Tatabahasa01.10.2018
Dari segi tatabahasa, adakah 'ambil berat' patut dibubuh imbuhan meN- dalam ayat-ayat berikut dalam konteks penulisan? 1) Pak Su ambil berat akan anak-anaknya. 2) Kita patut ambil berat terhadap warga tua. Jika dibubuh imbuhan, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' perlu digugurkan? (ikut prinsip kata kerja transitif)Ayat yang gramatis ialah "Pak Su mengambil berat perihal anak-anaknya" dan "Kita patut mengambil berat perihal warga tua". Mengambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud memberikan perhatian yang istimewa. Manakala dalam konteks kata kerja transitif kata kerja mengambil perlu diikuti langsung oleh objek yang terdiri daripada kata nama seperti "buku" dan "bola" menjadi "mengambil buku" dan "mengambil bola". Kata sendi nama "akan" pula perlu didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Oleh itu, kata sendi nama "akan" digugurkan dalam ayat contoh tersebut.Tatabahasa05.06.2013
Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. jawapan ini seolah-olah tiada usaha daripada pihak DBP-perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini.Terima kasih atas sokongan pihak tuan.Lain-lain14.09.2017
MOHON DBP ambil tindakan dan siasat satu keratan akhbar bertarikh 12 Mei 2021, tentang Gaza di bedil, di dalam perenggan terakhir editor telah mengeluarkan kenyataan berhubung penduduk Palestin adalah penunjuk perasaan semasa Israel menghalau rakyat Palestin dari kediaman sendiri,. Ayat itu tidak sesuai di gunakan ibaratkan macam menyokong tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Kerana rakyat berkenaan hanya mempertahankan hak dan agama Islam serta tempat masjid ke 3 suci , mohon DBP siasat dan minta sinar harian buat permohonan maaf terbuka dan menarik balik keratan tersebut. Ini adalah sensitif agama , bangsa dan saudara Islam.
Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Sekiranya ada maklumat lain, pihak tuan juga boleh mengemukakan aduan terus kepada Editor Sinar Harian untuk tindakan selanjutnya. 
Lain-lain12.05.2021
“(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih.Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mem­pelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll).

Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan.



Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda?Wassalam,

Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
Lain-lain08.03.2017
permohonan online ambil masa berapa lama..cust call pun susah sgt nk angkat callUntuk makluman tuan, kami berusaha menguruskan setiap permohonan iklan dengan kadar yang segera, kekangan kami apabila terdapat dalam kalangan petugas dikehendaki bertugas di luar pejabat.Lain-lain13.05.2015
12345678910...

Kembali ke atas