Kurik Kundi Merah Saga | Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke hulu, Ambilkan saya buah saga; Jangan tuan buat tak tahu, Lepas menuai kahwinlah kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tuan pergi ke laut, Ambilkan saya penyu bertelur; Jika tuan menjadi rambut, Saya menjadi si kembang melur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika tuan pergi ke huma, Ambilkan saya buah timun; Kalau tuan menjadi bunga, Saya menjadi air embun. |