Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambilkan

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Kancung,
     Ambilkan saya papan biola;
Makan minum boleh ditanggung,
     Sakit pening siapa nak bela.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pun1. juga, dan demikian juga: memang saya ~ berpendapat demikian; perkara rompakan ~ berkurangan waktu akhir-akhir ini; esok ~ boleh saya ambilkan; itu ~ dia datang; permintaannya itu sudah ~ diterima; 2. biar, kendati, meski, walau: susah ~ dikerjakannya juga; hendak tidak ~ makan jugalah saya; 3. bahkan, malahan, sedangkan... (apa lagi...): duduk ~ penat apa lagi berjalan; jangankan menegur memandang ~ tidak hendak; 4. apa saja, bagaimana saja, apa-apa jua: apa ~ dikerjakannya (juga); siapa ~ boleh menjadi ahli persatuan ini; 5. ~ ...lah utk menyatakan bahawa perbuatan mulai berlaku (terjadi): maka rotan itu ~ tumbuhlah; 6. utk menguatkan serta menegaskan pokok ayat: setelah selesai bersiram baginda ~ berangkat masuk ke dlm istana; 7. = sekali ~ sekali juga; kalau ya ~ biarlah aku bersalin dulu; tidak bayar ~ tidak apa; apalah yg Ida berikan kpd abang tu; tidak sejemput ~ tidak sedikit jua pun.Kamus Dewan Edisi Keempat
deras I1. cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan, dsb): arus sungai itu sangat ~; 2. lekas (perbuatan), cepat: katalah ~, saya nak tahu; tolong ambilkan aku songkok ~ sedikit; 3. lebat (hujan): hujan semakin ~ turun; 4. Kd kuat (bunyi, suara): “Mengapa sampai berkata begitu ...?” sergah Masri agak ~ drpd biasa; ~ datang dalam kena prb membuat sesuatu dgn tergesa-gesa akan mendatangkan ke­rugian; ~ spt anak panah terlalu cepat; sederas 1. sama deras (laju, cepat), selaju, secepat: dia berjalan tidak ~ kawannya; 2. dgn kelajuan atau kecepatan (tertentu me­ngikut masa), selaju: dia memandu keretanya ~ 80 kilometer sejam; menderas 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut; menderaskan, memperderas 1. membuat supaya deras bergerak (mengalir, berjalan, dsb), mempercepat: senaman boleh ~ denyutan jantung; kerja yg elok diperderas, kerja yg buruk diperlambat; 2. memperkuat (bunyi, suara, dsb); kederasan 1. perihal deras, kelajuan, ke­cepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah me­nga­muk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; penderasan 1. perbuatan menderaskan (me­lajukan, mencepatkan), pencepatan, pe­la­juan; 2. perbuatan menderaskan (bunyi, suara, dsb), penguatan; 3. ark bahagian yg deras arusnya (sungai); penderas 1. alat (perkakas) utk menderaskan (mencepatkan gerakan dll), pencepat, pelaju; 2. lekas hilang pertimbangan, keburu nafsu, terburu-buru: engkau memang ~, jika hatimu tersinggung, lupalah engkau membezakan antara yg benar dgn yg salah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas