Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.bin] | امبين

Definisi : kain (tali dll) utk menggendong barang atau mengikat anak yg digendong; berambin; ~ lutut duduk dgn lutut diikat dgn tali yg dikalungkan di leher; mengambin menggendong dgn ambin; ambinan barang yg diambin, gantungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leather back-strappenyanggar belakang (ambin kulit)SosiologiTiadaTiada
wadersbut waderKesenianTiadaBut dan seluar selanjar ke paras pinggang yang disangga dengan pita ambin pada bahagian bahu. Dibuat daripada fabrik vinil ringan, mudah lipat yang dilekatkan pada fabrik jersi kapas atau menggunakan haba. But berlapik felt dan bertapak tahan licin.
fishing bootbut nelayanKesenianTiadaBut dan seluar selanjar ke paras pinggang yang disangga dengan pita ambin pada bahagian bahu. Dibuat daripada fabrik vinil ringan, mudah lipat yang dilekatkan pada fabrik jersey kapas atau menggunakan haba. But berlapik felt dan bertapak tahan licin.
Euphorbia hirtaAra TanahPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik.
Euphorbia hirtaara tanahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, dan tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, friedelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhannya digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, cirit-birit, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawaskan kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang dan sudorifik.

Kembali ke atas