Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.boi] | امبوي

Definisi : sr kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.boi] | امبوي

Definisi : kata seru utk menyatakan rasa hairan, kasihan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amboi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. ( Amboi , Wah ), merdunya suara penyanyi itu ! 2. ( Amboi , Wah ), tingginya Menara Kuala Lumpur ! 3. ( Amboi , Wah ), indahnya sungguh pemandangan Cameron Highlands ! Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.

Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya.

Tatabahasa30.09.2009
apakah perbezaan antara kata seru wah dengan amboiKata amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan(kasihan dll.) atau untuk mengusik seseorang. Kata wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan(terkejut), kagum,dll.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut:  i. Amboi, lajunya kereta ini! ii. Amboi, cantik sungguh awak hari ini! iii. Wah, dahsyat sungguh! iv. Wah, bukan main banyaknya wang masuk! Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Tatabahasa27.02.2009
wah /amboi ,comelnya kucing awak!wah /amboi , kayanya pemilik banglo itu!kedua-dua soalan ini mana satu jawapan baru betul?wah atau amboi?terima kasihKedua-dua ayat tersebut betul. Wah menunjukkan rasa kagum, manakala amboi menunjukkan pujian. Tatabahasa11.07.2009
“(Amboi, Aduh), sakitnya perutku!” kata Fiza sambil memegang perutnya. Adakah betul penggunaan tanda seru pada ayat ini?Maaf saya ingin bertanya kerana tidak pasti kerana tiada contoh yang dapat saya rujuk dengan lebih terperinci. Harap pihak DBP boleh berikan jawapan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Aduh, Sakitnya Perutku!" Kata Fiza sambil memegang perutnya. Penggunaan tanda seru dalam ayat  tersebut betul. Tatabahasa21.05.2020
perbezaan pengunaan perkataan ( Amboi ! ) dan ( Wah ! )Kata amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan(kasihan dll.) atau untuk mengusik seseorang. Kata wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan(terkejut), kagum,dll.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut:  i. Amboi, lajunya kereta ini! ii. Amboi, cantik sungguh awak hari ini! iii. Wah, dahsyat sungguh! iv. Wah, bukan main banyaknya wang masuk! Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Istilah10.04.2010
kata seru 1. ____,cantiknya pemandangan di sini! 2._____,hebatnya budak ini! *Wah atau Amboi?? Apakah jawapan yang paling tepat untuk kedua-dua soalan ini?Kenapa? Terima kasih.

Kedua-dua kata seru wah dan amboi boleh bertukar ganti dalam ayat ini. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! Kata seru wah ialah kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!, manakala kata seru amboi ialah kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini!

Tatabahasa04.05.2010
Apakah perbezaan penggunaan kata seru wah dan amboi dalam ayat? Terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini!Tatabahasa06.05.2014
1.a) Amboi,comelnya kucing awak! b)Wah, comelnya kucing awak! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat seruan tersebut. 2.a)Amboi,kayanya pemilik banglo itu! b)Wah, kayanya pemilik banglo itu! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Terima kasihDalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 255 menerangkan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat yang menggunakan kata seru seperti wah dan amboi. Contoh ayat: "Wah, cantiknya baju dia!", dan "Amboi, comelnya bayi itu!". Berdasarkan penerangan dan contoh dalam buku Tatabahasa kedua-dua ayat tersebut jawapannya betul.Tatabahasa13.07.2009
Amboi, sombongnya perangai budak itu! Adakah penggunaan "Amboi" ini betul? terima kasih=)Betul.Tatabahasa11.08.2009
Apakah perbezaan antara amboi dengan wah ? Terima kasih !
Kata “amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan (kasihan dan lain-lain) atau untuk mengusik seseorang. Kata “wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum dan lain-lain.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut: i. “Amboi, lajunya kereta ini!” ii. “Amboi, cantik sungguh awak hari ini!” iii. “Wah, dahsyat sungguh!” iv. “Wah, bukan main banyaknya wang masuk!”  

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa24.01.2022
123456

Kembali ke atas