Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata americana


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AVOSET

Avoset ialah sejenis burung randuk yang

mempunyai kaki yang panjang, berukuran kira-

kira 40 hingga 45 sentimeter. Terdapat empat

spesies avoset, iaitu satu di Australia, satu di

Amerika Utara, satu di Amerika Selatan, dan satu

di Eropah. Bulu avoset kebanyakannya berwarna

hitam dan putih. Kepala dan leher avoset Amerika

Utara berjalur-jalur perang semasa musim mengawan.

Burung ini mempunyai paruh yang panjang,

rata, yang melengkung ke atas, dan boleh

mengorek-ngorek dasar takungan air cetek.

Dengan cara ini, ia dapat memungut hidupan air

yang kecil untuk dimakannya. Ia juga makan

makanan lain yang terapung di permukaan.

Pengelasan saintifik. Avoset termasuk dalam famili

avoset dan Recuvirostridae. Avoset Australia ialah

Recurvirostra novaehollandiae, avoset Eropah R.

avosetta, dan avoset Amerika Utara R.americana.

UMUM 

Kembali ke atas