Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (amérika) = ~ Syarikat negara di Amerika Utara yg ibu negaranya Washington D.C; mengamerikakan membuat, menyebab­kan, atau menjadikan seseorang atau sesuatu mem­punyai (mengikut, menyerap dsb) ciri atau nilai hidup (budaya, adat dsb) Amerika: beliau menyifatkan sebarang penarikan semula se­katan senjata akan ~ konflik di negara Bal­kan itu; pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dsb) mengamerikakan: ini bukanlah ber­makna bahawa proses ~ tidak ditanggap sbg ancaman kpd identiti budaya pd satu-satu tahap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amerika


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah African American/ Japanese American / Asian American dalam Bahasa Malaysia? orang Afrika Amerika dan Jepun Amerika? Perlukah saya meletak "-" seperti berikut? Afrika-Amerika, Jepun-Amerika?Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:
  1. Orang Amerika Afrika
  2. Orang Amerika Jepun
  3. Orang Amerika Asia 
Lain-lain22.10.2020
Salam. Apa padanan terjemahan bagi "soul food"? "Soul food" ialah masakan etnik yang secara tradisionalnya dimasak dan dimakan oleh masyarakat Amerika Afrika di Selatan Amerika Syarikat. Mana paling sesuai antara "makanan jiwa", makanan soul (italik), makanan Amerika Afrika, dan makanan Selatan Amerika Syarikat? Ada cadangan lebih baik? Terima kasih.Cadangan perkataan bahasa Melayu yang sesuai ialah makanan Amerika Afrika. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat.Istilah08.07.2020
"Kempen Memboikot Barangan Amerika" atau "Kempen Boikot Barangan Amerika"?Jawapan yang betul ialah Kempen Memboikot Barangan Amerika.Tatabahasa26.06.2011
Dia adalah graduan Amerika Syarikat / Dia graduan daripada Amerika Syarikat?Untuk makluman, istilah graduan bermaksud mahasiswa atau mahasiswi yang akan menerima ijazah pada masa konvokesyen (hari penyampaian ijazah). Perkataan yang sesuai dalam konteks ini ialah siswazah yang bermaksud lulusan universiti. Ayat yang betul ialah: Dia ialah siswazah dari Amerika Syarikat.Istilah27.02.2012
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA?Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua.
Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Tatabahasa06.10.2012
soalan Duta Amerika ke Malaysia atau Duta Amerika di MalaysiaKedua-dua frasa tersebut boleh digunakan, bergantung kepada situasi. 

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.
Tatabahasa28.08.2013
Saya ingin tahu bagaimana nama Amerika Syarikat terhasil? Sedangkan dalam Bahasa Inggeris namanya United Stated of America? dan Bukan Negeri Bersatu Amerika Dan mengapa United Arab Emirates tidak diterjemahkan sebagai Emeriah Arab Syarikat.

Untuk makluman, kandungan dan garis panduan penentuan nama geografi telah disediakan dan disusun oleh jawatankuasa khas dengan merujuk panduan tertentu. Bagi nama negara di luar Malaysia, nama negara perlu dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan mengikut penyesuaian ejaan (jika perlu) berdasarkan senarai nama negara dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Begitu juga nama Amerika Syarikat merupakan nama khas yang telah mantap dan telah lama digunakan, ia berbeza dengan United Arab Emirates, sekiranya diterjemahkan dalam bahasa Melayu iaitu Emiriah Arab Bersatu.

Lain-lain14.06.2021
anti-Amerika ejaan seperti ini kan.. antiAmerika ejaan seperti ini salahAnti-AmerikaEjaan11.10.2015
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum.Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang.Ejaan14.02.2012
Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat dari/daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Perang diteruskan dengan campur tangan lebih hebat daripada negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat.Tatabahasa03.04.2012
1234567

Kembali ke atas