Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (amérika) = ~ Syarikat negara di Amerika Utara yg ibu negaranya Washington D.C; mengamerikakan membuat, menyebab­kan, atau menjadikan seseorang atau sesuatu mem­punyai (mengikut, menyerap dsb) ciri atau nilai hidup (budaya, adat dsb) Amerika: beliau menyifatkan sebarang penarikan semula se­katan senjata akan ~ konflik di negara Bal­kan itu; pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dsb) mengamerikakan: ini bukanlah ber­makna bahawa proses ~ tidak ditanggap sbg ancaman kpd identiti budaya pd satu-satu tahap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amerika


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMERIKA

Amerika ialah dataran besar di Hemisfera

Selatan. Amerika terdiri daripada Amerika Utara

dan Amerika Selatan. Tanah besar Amerika ialah

dataran yang terpanjang di bumi, dari utara ke

selatan. Jarak yang paling jauh dari utara ke selatan

pula ialah 14 000 kilometer, dari Semenanjung

Boothia di Kanada hingga ke Cape Froward di

Chile. Titik paling hujung ke barat benua tersebut

terletak di Semenanjung Seward di pantai barat

Alaska. Bahagian timur laut Brazil ialah titik paling

hujung ke timur. Amerika juga meliputi banyak

pulau yang terletak di utara, selatan, timur, dan

barat benua tersebut. Amerika Utara dan Amerika

Selatan dihubungkan oleh satu jambatan darat

yang paling sempit di Segenting Panama.

UMUMUmum
AMERIKA TENGAH

Amerika Tengah ialah istilah yang diberikan

oleh ahli geografi untuk kawasan di antara Amerika

Syarikat dengan Amerika Selatan. Amerika Tengah

meliputi Mexico, Amerika Tengah dan Hindia

Barat. Semua negara kecuali El Salvador,

mempunyai pantai di Laut Caribbean.

UMUM 
ORANG ASLI AMERIKA CARIB

Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan

suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan

yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya

tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan

tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal

berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk

kepada suku kaum ini yang memakan tawanan

perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300,

kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari

Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean

yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward.

Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum

Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli

Amerika ).

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, ANGKATAN BERSENJATA

Amerika Syarikat, Angkatan bersenjata.

Angkatan bersenjata Amerika Syarikat ialah angkatan

bersenjata yang paling berkuasa di dunia. Ia

disanjung tinggi oleh rakyat Amerika semenjak

Amerika Syarikat mengisytiharkan kemerdekaannya

pada tahun 1776. Perkhidmatan ketenteraan Amerika

Syarikat berpecah semasa Perang Saudara Amerika

(1861–1865), tetapi semenjak itu ia telah menyediakan

pasukan pertahanan yang kuat dan pasukan

penyerang yang hebat bagi menentang musuh.

UMUM 
REVOLUSI AMERIKA

Revolusi Amerika (1775–1783) telah

melahirkan sebuah negara baru, Amerika

Syarikat. Revolusi yang juga dikenali sebagai

Perang Revolusi Amerika, berlaku di antara

Great Britain dengan 13 tanah jajahan yang

terletak di sepanjang Lautan Atlantik di Amerika

Utara. Tanah jajahan itu ialah Connecticut,

Delaware, Georgia, Maine, Maryland,

Massachusetts, New Hampshire, New Jersey,

New York, Pennsylvania, Rhode Island, Vermont,

dan Virginia. Peperangan itu bermula pada 19

April 1775, ketika askar British dan para revolusi

Amerika bertembung di bandar Lexington dan

Concord, Massachusetts. Peperangan itu

berlarutan selama lapan tahun. Pada 3

September 1783, Britain dan Amerika Syarikat

telah menandatangani Perjanjian Paris, yang

mengiktiraf kemerdekaan Amerika Syarikat.

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, KERAJAAN

Amerika Syarikat, Kerajaan. Kerajaan

Amerika Syarikat mewakili, menyediakan

perkhidmatan, dan melindungi rakyat Amerika sama

ada di dalam ataupun di luar negara. Aktiviti dan

pengaruh kerajaan Amerika Syarikat dari ibu

negaranya, Washington, D.C., tersebar kesemua

bahagian dunia.

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT, SEJARAH

Sejarah Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, Sejarah. Sejarah Amerika

Syarikat ialah kisah negara besar yang dibina

daripada belantara oleh penduduk yang berani dan

cintakan kebebasan. Penduduk lelaki dan wanita yang

membina negara Amerika Syarikat berasal dari

hampir segenap pelosok dunia. Mereka mewakili

pelbagai bangsa dan agama.

UMUM 
ORANG ASLI AMERIKA

Orang Asli Amerika. Orang yang kini dikenali

sebagai Orang Asli atau Peribumi Amerika ialah

orang yang mula-mula tinggal di Amerika Utara

dan Amerika Selatan. Mereka sudah tinggal di sana

selama beribu-ribu tahun sebelum orang Eropah

sampai.

UMUM 
SAMOA AMERIKA

Samoa Amerika ialah wilayah Amerika Syarikat,

yang terletak kira-kira 3700 kilometer ke barat daya

Hawaii. Enam daripada tujuh pulau wilayah ini

terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Tutuila dan

Aunuu; Ofu, Olosega, dan Tau (kumpulan Manua);

dan Rose. Pulau-pulau ini adalah dalam rangkaian

Samoa. Pulau ke-7, Pulau Swains terletak 320

kilometer ke utara.

UMUM 
PERANG AMERIKA-SEPANYOL

Perang Amerika-Sepanyol menandakan detik

kemunculan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa

dunia. Peperangan singkat antara Amerika Syarikat

dengan Sepanyol ini berlaku di antara bulan April

dan Ogos 1898, berpunca daripada isu pembebasan

Cuba. Hasil daripada peperangan ini, Amerika

memperoleh Guam, Puerto Rico, dan Kepulauan

Filipina.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas