Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (amérika) = ~ Syarikat negara di Amerika Utara yg ibu negaranya Washington D.C; mengamerikakan membuat, menyebab­kan, atau menjadikan seseorang atau sesuatu mem­punyai (mengikut, menyerap dsb) ciri atau nilai hidup (budaya, adat dsb) Amerika: beliau menyifatkan sebarang penarikan semula se­katan senjata akan ~ konflik di negara Bal­kan itu; pengamerikaan perihal (proses, perbuatan dsb) mengamerikakan: ini bukanlah ber­makna bahawa proses ~ tidak ditanggap sbg ancaman kpd identiti budaya pd satu-satu tahap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amerika


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salinasalinaGeografiTiada1. Istilah Sepanyol yang di gunakan meluas di Amerika Selatan, Amerika Tengah, dan Barat Daya Amerika Syarikat bagi mendapan garam di kawasan-kawasan rawa garam.
salinasalinaGeologiTiada1. Istilah Sepanyol yang di gunakan meluas di Amerika Selatan, Amerika Tengah, dan Barat Daya Amerika Syarikat bagi mendapan garam di kawasan-kawasan rawa garam.,2. Jasad air masin.
Hispanic AmericaAmerika-Sepanyol; Amerika LatinSejarahTiadaTiada
Monroe DoctrineDoktrin MonroeSains PolitikHubungan AntarabangsaPrinsip dasar luar Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh Presiden James Monroe dalam perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Prinsip ini merupakan pendirian Amerika Syarikat yang tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan menyeru supaya negara Eropah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara di benua Amerika. Sebarang usaha oleh pihak Eropah untuk menjajah semula negara di benua Amerika seperti di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dianggap berbahaya kepada keselamatan dan keamanan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, doktrin ini kemudiannya telah digunakan untuk menjustifikasikan imperialisme Amerika Syarikat di Hemisfera Barat.
fire antsemut apiBiologiEntomologiGenus semut yang terdapat di kawasan tropika, khususnya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, serta di bahagian selatan Amerika Syarikat. Serangga ini merupakan serangga perosak yang serius kerana gigitannya yang beracun amat merengsakan.
Alabama IncidentPeristiwa AlabamaSains PolitikHubungan AntarabangsaKonflik antara Amerika Syarikat dengan Britain sewaktu perang saudara di Amerika Syarikat pada tahun 1860 hingga 1865. Konflik ini terjadi ekoran daripada penglibatan Britain yang membantu pihak konfederasi selatan Amerika Syarikat yang berperang dengan pihak utara Amerika Syarikat. Pihak Selatan mendapat bantuan kelengkapan kapal Britain terutamanya kapal Alabama. Ekoran peristiwa ini, konflik Amerika Syarikat dengan Britain berlanjutan sehingga kes ini dibawa ke mahkamah arbitrasi Geneva pada tahun 1872. Persengketaan ini tamat apabila pihak mahkamah memutuskan pihak Britain perlu membayar ganti rugi kepada Amerika Syarikat.
American LegionLegion AmerikaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi bekas pejuang perang dunia Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1919. Tujuan umumnya adalah untuk membela tatacara hidup Amerika Syarikat, iaitu menentang pengaruh komunisme dan membina semangat nasionalisme yang kuat. Secara khusus pula, organisasi ini berperanan membela veteran perang Amerika Syarikat.
carpetbaggerpetualangSejarahTiadaKumpulan orang dari utara Amerika yang bergerak ke selatan Amerika untuk mencari keuntungan selepas Perang Saudara di Amerika sewaktu pemulihan semula kerajaan.
international subsystemsubsistem antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSebahagian daripada sistem antarabangsa. Dalam konteks serantau, subsistem antarabangsa terdiri daripada sistem yang terdapat di rantau geografi seperti Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Eropah Barat. Subsistem merangkumi semua interaksi seperti ekonomi, politik, sosial dan keselamatan dalam sesuatu rantau tersebut. Daripada segi ideologi, subsistem berasaskan kepada pegangan ideologi tertentu seperti komunisme, demokrasi, liberalisme dan sosialisme.
North America Free Trade Agreement (NAFTA)Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika UtaraSains PolitikHubungan AntarabangsaPerjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke Amerika Syarikat dan kini terpaksa bersaing dengan eksport Mexico yang bebas cukai. Sinonim NAFTA.
12345678910...

Kembali ke atas