Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mé.ri.sium] | اميريسيوم

Definisi : (amérisium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mé.ri.sium] | اميريسيوم

Definisi : /amérisium/ ist unsur kimia (logam) yg radioaktif, berbentuk hablur putih perak, digunakan dlm penyelidikan, peranti elektronik, alat bantu diagnosis dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amerisium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMERISIUM

Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol

kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95.

Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui

dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor

jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya

isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor

jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh

dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium

mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter

padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada

1173°C.

UMUM 
SEABORG, GLENN THEODORE

Seaborg, Glenn Theodore (1912–1999), ahli

kimia Amerika Syarikat, menjadi terkenal kerana

sumbangannya dalam penemuan beberapa unsur

yang lebih berat daripada uranium. Seaborg dan

sekutunya, Edwin M. Mc Millan, berkongsi

Hadiah Nobel tahun 1951 dalam bidang kimia

kerana penemuan unsur plutonium (Pu),

amerisium (Am), kurium (Cm), berkelium (Bk), dan

kalifornium (Cf). Seaborg kemudiannya

menyumbang kepada penemuan einstenium (Es),

mendelevium (Md), dan nobelium (No). Kesemua

unsur ini adalah radioaktif dan semuanya dicipta

secara artifisial.

UMUM 

Kembali ke atas