Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mé.ri.sium] | اميريسيوم

Definisi : (amérisium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mé.ri.sium] | اميريسيوم

Definisi : /amérisium/ ist unsur kimia (logam) yg radioaktif, berbentuk hablur putih perak, digunakan dlm penyelidikan, peranti elektronik, alat bantu diagnosis dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amerisium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
americiumamerisiumKimiaTiadaTiada
americiumamerisiumKejuruteraanTiadaUnsur transuranium bersimbol Am dan bernombor atom 95.
americiumamerisiumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Am, nombor atom 95, berat atom 241, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 944oC, takat didih 2607oC, berbentuk hablur putih perak, merupakan pemancar sinar alfa dan gama, dan terdapat 14 isotop radioaktif; isotop yang paling stabil, Am-243 mempunyai setengah hayat 7.4 x 103 tahun. Logam ini digunakan dalam radiografi gama, penyelidikan radiokimia, peranti elektronik dan alat bantu diagnosis dalam perubatan.
americium compoundsebatian amerisiumKimiaTiadaTiada
berkeliumberkeliumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIB (atau 3) jadual berkala, simbol Bk, nombor ataom 97, berat atom 249.3, nombor pengoksidaan +3 dan +4, takat lebur 986oC, dan terdapat lapan isotop radioaktif dengan isotop yang paling stabil, Bk-247 mempunyai setengah hayat 1400 tahun. Unsur ini diperoleh daripada pembedilan amerisium dengan ion helium.
curiumkuriumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB jadual berkala, simbol Cm, nombor atom 96, berat atom 247, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 1340oC, berbentuk logam berwarna putih perak yang reaktif dan memancarkan sinar alfa. Isotop radiaktifnya yang paling stabil, iaitu Cm-247, mempunyai setengah hayat 1.6 x 107 tahun. Kurium diperoleh daripada pembedilan amerisium dengan neutron dan digunakan untuk penjanaan kuasa termoelektrik.

Kembali ke atas