Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.fé.ta.mi.na] | امفيتامينا

Definisi : (amfétamina) (Ubat) sj dadah sin­tetik yg digunakan, terutamanya sbg pe­rang­sang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amfetamina


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amphetamine poisoningkeracunan AmfetaminaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada amfetamina, iaitu sekumpulan halusinogen yang mempengaruhi sistern saraf pusat. Keracunan kronik mengakibatkan perubahan personaliti, misalnya kelakuan berulang-ulang secara berterusan tanpa tujuan seperti berkelakuan agresif dan ganas secara tiba-tiba, anoreksia yang teruk, delusi paranoid, dan insomnia. Keracunan akut akibat penyuntikan, pengingesan, penyedutan atau penggunaan pada membran mukus, boleh mengakibatkan loya dan muntah, keresahan, kerengsaan, takikardia, aritmia jantung, anak mata terbeliak, kabur penglihatan, rasa seram sejuk, pucat, sianosis, demam, kegagalan pernafasan dan koma. Dos parah minimum ialah 10 mg. Sinonim keracunan benzidrina.
amphetamineamfetaminaKimiaForensikFormula kimia, C9H13N; nama lain, metilfenetilamina; nama dagang, Benzedrine. Cecair mudah meruap, mudah terbakar, tanpa warna dengan bau cirian yang kuat dan terasa pedas sedikit, takat didih 200°C - 203°C (terurai), larut dalam etanol dan eter, dan larut sedikit dalam air. Amfetamina dipreskripsikan sebagai perangsang dan antidepresan, dan kadangkala sebagai ubat bagi program kawalan berat badan. Ia menjadi asas sekumpulan bahan halusinogen, iaitu ubat yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Ia pernah tersebar luas di pasaran sebagai ubat jaga, tetapi sekarang menjadi bahan terkawal kerana kemungkinan disalahgunakan. Kegunaan perubatannya sekarang adalah untuk merawat keadaan serangan tidur yang tidak terkawal dan merawat penyakit hiperaktif. Kesan sampingannya termasuk lekas marah, gementar, kebergantungan terhadap ubat, sukar tidur dan resah gelisah. Penggunaan yang terlalu banyak mengakibatkan kecenderungan membunuh diri, paranoia dan halusinasi. Dos maut minimum (MLO) ialah 10 mg bagi kanak-kanak berumur sehingga 2 tahun dan 100 mg bagi orang dewasa.
amphetamineamfetaminaKimiaTiada1-fenil-2-aminopropana, yang bersifat merangsang sistem saraf pusat dan menghalang rasa mengantuk.
amphetamineamfetaminaPsikologiTiadaTiada
amphetamineamfetaminaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
amphetamine sulphateamfetamina suIfatKimiaForensikFormula kimia, D18H,26N2.H2S04; nama dagang, Drinamyl,Benzedrine sulphate. Hablur, berasa pahit sedikit, takat lebur melebihi 300°C (terurai), larut dalam air dan alkohol. Bahan ini digunakan untuk merawat penyakit tidur atau tidak boleh menumpukan perhatian. Kesan sampingannya termasuk gementar, tekanan darah tinggi, masalah jantung, loya, hilang selera makan dan ketagihan terhadap ubat. Dos oral ialah 5 mg - 30 mg sehari.
dextroamphetaminedekstroamfetamina;DextroamphetaminePerubatanTiadaIsomer dektroputaran bagi amfetamina yang lebih kuat merangsangkan sistem saraf pusat berbanding dengan bentuk levoputaran.
benzidrine poisoningkeracunan benzidrinaKimiaForensikLihot keracunan amfetamina
stimulantsperangsangPsikologiPsikologi UmumDadah yang boleh meningkatkan tenaga, kewaspadaan dan aktiviti. Dadah seperti amfetamina, metamfetamina dan kokain boleh meningkatkan paras neurotransmiter dopamina atau serotonin. Tindakan ini akan memanjangkan kesan bahan tersebut pada reseptor masing-masing. Neurotransmiter dopamina banyak mempengaruhi tingkah laku yang berkaitan dengan motivasi. Transmiter tersebut boleh menguatkan dorongan individu untuk terlibat dalam aktiviti seperti seksual, makan, perjudian dan permainan video. Selain itu, dadah ini juga boleh mengganggu aktiviti bahagian otak lain dengan menimbulkan kekeliruan, kebimbangan dan kebengkengan. Dadah ini boleh membawa beberapa akibat buruk kepada penggunanya seperti masalah paru-paru, jantung, kemurungan, kebimbangan dan kematian.
2-phenylethylamine2-feniletilaminaKimiaForensikFormula kimia, C8H11N; nama IUPAC, l-amino-2-feniletana. Cecair berbau ikan, takat didih 194.5°C, larut dalam air, etanol, dan eter. Bahan ini merupakan bes kuat yang terdapat secara semula jadi dalam air kencing normal. Struktur bahan ini menyerupai amfetamina.
12

Kembali ke atas