Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.fi.bia] | امفيبيا

Definisi : jenis binatang berdarah sejuk (spt katak) yg hidup di dlm air pd peringkat awal hayatnya dan di darat kemudiannya (setelah besar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.fi.bia] | امفيبيا

Definisi : ist kumpulan binatang berdarah sejuk yg dpt hidup di air dan di darat (spt katak, ular). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amfibia


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
amfibiaamphibianKumpulan haiwan berdarah sejuk yang hidup dalam air pada peringkat awal hayatnya. Contohnya, katak, kodok dan salamander.Menengah Rendah
larvalarvaSatu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat RajahMenengah Rendah
metamorfosismetamorphosisPerubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap.Menengah Atas

Kembali ke atas