Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.min] | امين

Definisi : Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn sesuatu amanah; mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.min] | امين

Definisi : perkenankanlah hendaknya (selalu diucapkan ketika berdoa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? 1.Amin bersalaman dengan neneknya. 2.Amin bersalam-salaman dengan neneknya. 3.Amin menyalam neneknya. 4.Amin menyalami neneknya.Jawapan yang betul ialah   1. Amin bersalaman dengan neneknya. 2. Amin bersalam-salaman dengan neneknya.  4. Amin menyalami neneknya.Tatabahasa18.01.2020
Amin Rouge FRI 09:53 Amin Rouge Amin salam..saya nak tanya, pihak dewan bahasa perlukan pereka grafik untuk membuat layout dan cover buku secara freelance?Waalaikumussalam, Tuan boleh mengemukakan soalan ini kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia melalui e-mel fairuz@dbp.gov.my atau telefon 03-21479341Lain-lain25.11.2016
Adakah betul penggunaan huruf besar dan huruf kecil untuk ayat ini? - "Hai, Amin!" Satu suara menegur Amin dari arah belakang. - "Saya rasa... kita harus bekerjasama membanteras kes buli di sekolah kita ini," kata Zhariff kepada rakan-rakannya."Hai, Amin!" Satu suara menegur Amin dari arah belakang.  "Saya rasa, kita harus bekerjasama membanteras kes buli di sekolah kita ini," kata Zhariff kepada rakan-rakannya.Tatabahasa03.11.2015
bagaimana ejaan yang betul bagi perkataan asal daripada bahasa Arab ; Adakah Al-Qawiyy Al-Amin atau Al-Qawiyyul AminMenurut Kamus Dewan Edisi keempat, ejaan yang betul ialah al-Qawi al-AminEjaan15.11.2018
Amin memasukkan buku ke dalam beg sekolah. Amin memasukkan buku di dalam beg sekolah.Ayat yang betul ialah "Amin memasukkan buku ke dalam beg sekolah".Tatabahasa20.11.2022
1. Ini buku Amin atau buku Iman? 2. Ini buku Amin atau Iman? Mana satu ayat yang betul?Ini buku Amin atau buku Iman? (tepat)...

Penjelasan.
 Berlaku pengguguran subjek sahaja. Dalam ayat di atas subjek ialah Ini...
Tatabahasa16.08.2012
Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. atau Ali duduk di antara Amin dan Aminah. yang mana satu betul?Yang betul ialah - Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. Tatabahasa10.10.2008
Ingin bertanya penggunaan frasa yang betul dan minta pencerahannya. 1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya, atau Amin "melambaikan tangan" kepada rakannya. 2. titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya" atau titah Sultan Mansur kepada "rakyat-rakyatnya" 3. Adakah penggunaan "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak?Ayat yang betul ialah:
1. Amin "melambai tangan" kepada rakannya.
2.  Titah Sultan Mansur kepada "rakyatnya".
3. "hadirin sekalian" dibolehkan walaupun kedua-dua perkataan membawa maksud jamak.
Tatabahasa12.05.2015
SAYA AMIN WAKIL DARI ZACKS CORNER, SAYA INGIN MENANYAKAN BAGAIMANA EJAAN BETUL ZACKS CORNER DALAM BAHASA JAWI ?Ejaan Jawi bagi ZACKS CORNER ialah زيک س کورنرEjaan11.11.2023
Assalamualaikum. Saya Amin. Soalan saya berkaitan dengan peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi arang". Adakah peribahasa ini betul ataupun sebenarnya "genggam bara api biar sampai jadi abu"? Apakah asal-usul peribahasa ini, i.e. mengapakah nenek moyang kita menggunakan bara api sebagai metafora untuk peribahasa ini? Sekian, terima kasih.

Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran.

Penyelidikan15.01.2018
1234567

Kembali ke atas