Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.min] | امين

Definisi : Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn sesuatu amanah; mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.min] | امين

Definisi : perkenankanlah hendaknya (selalu diucapkan ketika berdoa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHMAD AMIN

Ahmad Amin (1303 H.–1374 H./1886 M.–1954 M.),

sasterawan dan pemikir Mesir. Nama penuhnya

ialah Ahmad Amin ibn Ibrahim.

UMUM 
MUHAMMAD AL-AMIN AL-‘ABBASIY

Muhammad al-Amin al-‘Abbasiy (170 H.–198

H./787 M.–813 M.), khalifah Bani Abbasiyyah. Nama

penuhnya ialah Muhammad ibn Harun al-Rashid

ibn al-Mahdiy ibn al-Mansur. Dia lahir di pinggir

kota Baghdad, enam bulan selepas kelahiran

abangnya al-Ma’mun. Ibunya bernama Umm Ja‘far

Zubaydah bint Ja‘far ibn al-Mansur. Tidak terdapat

seorang pun dari golongan Bani Abbasiyyah yang

kedua-dua ibu bapa mereka daripada golongan

Bani Hashim kecuali al-Amin. Dia dilantik menjadi

khalifah selepas kematian ayahnya pada tahun 193

H./808 M. berdasarkan wasiat ayahandanya sendiri.

Al-Ma’mun pula dilantik menjadi pemimpin di

Khurasan dan wilayah di bawahnya. Dia dijanjikan

jawatan khalifah selepas al-Amin. Walau

bagaimanapun, pada tahun 195 H./810 M., al-Amin

memecat al-Ma’mun daripada jawatan Putera

Mahkota. Al-Ma’mun kemudiannya menyeru al-

Amin meletak jawatan di Khurasan, manakala dia

digelar Amir al-Mu’minin. Selepas itu berlaku

peperangan antara dua orang bersaudara ini.

Tentera al-Ma’mun mengepung kota Baghdad

dalam tempoh yang lama. Peperangan tersebut

berakhir dengan terbunuhnya al-Amin di bandar al-

Salam.

UMUM 
PESANTREN IBNUL AMIN

PESANTREN ABNUL AMIN, institusi pendidikan Islam yang terletak di Pamangkih, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pesantren ini ditubuhkan pada 25 Mei 1958 oleh seorang ulama, Kiai Haji Mahfuz Amin. Nama pesantren ini mengambil nama sempena nama datuk Kiai Haji Mahfuz Amin, iaitu Muhammad Amin, seorang ulama yang banyak jasanya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AMIN DADA, IDI

Amin Dada, Idi (1925?–2003) ialah pemerintah

Uganda dari tahun 1971 hingga 1979. Sebagai

seorang pegawai tentera, dia memegang kuasa

selepas mengetuai tenteranya untuk menggulingkan

kerajaan awam Uganda. Pemerintahannya berakhir

apabila rakyat Uganda menentangnya dan tentera

dari negara jiran Tanzania menggulingkan

kerajaannya. Amin kemudiannya melarikan diri dari

Uganda.

UMUM 
M. AMIN

M. AMIN (1924-    ), pengarah filem, penulis skrip dan pelakon. Dia lahir pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak. Nama sebenarnya ialah Mohamed Amin bin Haji Iksan. M. Amin menuntut di Sekolah Bendang Panjang, Kuala Kangsar hingga Darjah Enam dan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Wangi, Setiawan pada tahun 1940. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dia dipaksa menjadi konstabel polis Jepun dan ditugaskan memburu mereka yang menjadi ejen komunis.

BUDAYATokoh
AMIN SWEENEY

AMIN SWEENEY (1938-     ), penyelidik bahasa,  kesusasteraan dan kebudayaan  Melayu. Dia lahir pada 13 Disember 1938 di London, England.

BAHASAKonsep
NASJAH AMIN NASJAH AMIN (1924-     ), pelukis dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 24 September 1924 di Perbaungan, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Noer’alamsjah Djamin. Dia mendapat pendidikan di Hollandsch Inlandsche School (HIS), Medan pada tahun 1939. Kemudian Nasjah meneruskan pelajaran di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijs (MULO), tetapi tidak tamat. SASTERATokoh
ADIBAH AMIN

Adibah Amin (1936-   ), penulis. Beliau dilahirkan pada    19 Februari 1936 di Johor Bahru. Nama penuh beliau ialah Khalidah Adibah binti Amin.

SASTERATokoh
A.S. AMIN

A.S. AMIN (1929-1988), penyair.  Dia lahir pada 9 Disember 1929 di Parit, Perak.  Nama sebenarnya ialah Adnan bin Haji Abdul Rahman.  Dia pernah menggunakan nama samaran Nanda Namhar.

SASTERAKonsep
HARUN MOHD. AMIN

Harun Mohd Amin (1907-1986), penulis dan nasionalis. Beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1907 di Teluk Kurau, Singapura.

SASTERATokoh
123

Kembali ke atas