Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.min] | امين

Definisi : Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa): doa itu diakhiri dgn mengucapkan ~; bertadah ~ bertadah tangan sambil mengucapkan amin; 2. orang yg dapat dipercayai dgn sesuatu amanah; mengamini, mengaminkan 1. menutup doa atau menyahut bacaan doa dgn mengucap­kan amin: lebai pun membaca doa dan semua yg hadir ~; 2. ki membenarkan, mengiakan, menyetujui: apa yg dikatakannya diaminkan saja oleh pengikut-pengikutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.min] | امين

Definisi : perkenankanlah hendaknya (selalu diucapkan ketika berdoa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bakul aminbakul aminKesenianTiadaBakul angkut yang dibawa dengan cara menyangkutkannya di kepala dan kedua-dua belah bahu.
amenaminKesenianTiadaSahutan akhir yang digubah dalam bentuk yang berbunga-bunga, contohnya Messiah oleh Handel.
bagingbagingKesenianTiadaBakul amin daripada rotan atau bemban berbentuk kon, beranyam rapat, digunakan untuk membawa padi semasa menuai.
ingeningenKesenianTiadaBakul amin daripada kulit palma, kulit bemban atau rotan, berturus empat penjuru, dasarnya kecil sedikit daripada bahagian mulut, beranyam rapat dan digunakan khas untuk mengangkut padi.
komekkomekKesenianTiadaBakul amin daripada rotan atau bemban berbentuk kon, beranyam rapat, digunakan untuk membawa padi semasa menuai.
lanjik (Ib)lanjik (Ib)KesenianTiadaBakul amin besar daripada rotan, berbentuk silinder lebih kurang 150 cm tinggi dan 160 cm ukuran lilitnya, mulutnya berbingkai kayu, beranyam rapat, dan digunakan untuk membawa padi.
lumbok (Bid.)lumbok (Bid.)KesenianTiadaBakul amin kecil daripada rotan atau pelepah rumbia, berbentuk silinder, berbucu empat di bahagian bawah, beranyam rapat, dan digunakan untuk membawa bijirin atau buah lada, buah kopi dan lain-lain.
bade Ib.bade Ib.KesenianTiadaBakul amin daripada rotan yang dianyam rapat, berbentuk bulat pada bahagian mulut, dan berbucu empat pada bahagian tapak.
dubang (Sel.)dubang (Sel.)KesenianTiadaBakul amin daripada kulit palma, kulit bemban atau rotan, berturus empat penjuru, dasarnya kecil sedikit daripada bahagian mulut, beranyam rapat dan digunakan khas untuk mengangkut padi.
belitung Ib.belitung Ib.KesenianTiadaBakul amin daripada rotan atau kulit palma, berengsel, berbentuk silinder, berbucu empat di bahagian dasar, beranyam rapat atau jarang, digunakan untuk membawa buah-buahan atau peralatan kerja.
12

Kembali ke atas