Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aminah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aminah membalut buku-buku teks yang telah diberi oleh gurunya. Apakah nilai murni yang kita peroleh daripada ayat ini? Menghargai harta benda atau bertanggungjawab?Kedua-dua nilai murni, iaitu menghargai harta benda dan bertanggungjawab boleh dikaitkan dengan ayat tersebut. Untuk tujuan peperiksaan sila rujuk guru di sekolah saudara.Lain-lain01.05.2013
Adakah penggunaan pergi dalam ayat berikut betul? * Aminah pergi ke kedai. Apakah ayah berikut tanpa kehadiran pergi (kata kerja) itu betul? * Aminah ke kedai.Kedua-dua ayat, Aminah pergi ke kedai dan Aminah ke kedai betul.Tatabahasa12.07.2012
Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. atau Ali duduk di antara Amin dan Aminah. yang mana satu betul?Yang betul ialah - Ali duduk di antara Amin dengan Aminah. Tatabahasa10.10.2008
Saluran merupakan anak Puan Aminah yang cantik sekali di antara adik-adiknya atau Saluran merupakan anak Puan Aminah yang cantik sekali antara adik-adiknyaAyat yang betul ialah "Saluran merupakan anak Puan Aminah yang cantik sekali antara adik-adiknya."Lain-lain05.08.2022
Ayat yang mana lebih tepat? 1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih. 2.Aminah menyapu sampah di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih dengan penyapu. Terima kasih.
Ayat yang lebih tepat ialah "1.Aminah menyapu sampah dengan penyapu di pekarangan rumah supaya kelihatan bersih." 

Tatabahasa21.07.2014
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih.Perkataan yang lebih tepat ialah keras.Tatabahasa27.05.2010
Saya Siti Aminah Sarno mewakili pihak syarikat Medical Biotherapy Sdn Bhd ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak penggunaan bahasa pada papan iklan pusat rawatan kami di bawah. "Pusat Rawatan Luka Bioterapi" Jasa baik pihak Tuan amat kami hargai. Terima kasih.Frasa 'Pusat Rawatan Luka Bioterapi' boleh digunakan sebagai keterangan aktiviti syarikat.Tatabahasa06.12.2011
AMINAH YANG RAJIN MENYAPU SAMPAH DI HALAMAN RUMAH.AMINAH RAJIN MENYAPU SAMPAH DI HALAMAN RUMAH.Lain-lain21.03.2011
Salam. Saya ingin menanyakan mengenai ejaan nama Aminah (ibu kepada nabi Muhammad S.A.W) kepada ejaan jawi. Alifnya mempunyai hamzah atau simbol panjang atau hanya alif sahaja. Sekian Terima kasih.Ejaan nama Aminah (termasuk ibu nabi Muhammad SAW) tidak ada hamzah atau simbol lain di atas huruf alif.Ejaan24.12.2009
menoreh getah ialah frasa kerja transitif atau tak transitif? Kalau ayatnya ialah: Bapa Aminah menoreh getah setiap pagi, dapat dipasifkan tak?Menoreh ialah kata kerja transitif. Ayat tersebut boleh diaktifkan menjadi "Getah ditoreh oleh bapa Aminah setiap pagi".Tatabahasa02.03.2015
123456

Kembali ke atas