Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.mi.no] | امينو

Definisi : (Kim) mengandungi atau terdiri drpd satu atom nitrogen dan dua atom hidrogen (–NH2) (bkn bahan kimia dsb): asid ~; kumpulan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.mi.no] | امينو

Definisi : ist terdiri drpd kumpulan atom -NH2. asid ~ sebatian kimia yg terdiri drpd kumpulan amino (-NH2) dan kumpulan karboksil (-COOH) yg membentuk protein. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amino


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
amino acidasid aminoPertanianAgroteknologiSebatian organik yang mengandungi kumpulan amino dan karboksil. Rantaian asid amino akan membentuk protein. Terdapat 22 jenis asid amino, iaitu 11 daripadanya ialah asid amino perlu manakala 11 lagi ialah asid amino tak perlu. Contoh asid amino perlu ialah isoleusina, leusina, lisina, metionina, fenilalanina, treonina, triptofana, valina, histidina dan tirosina. Contoh asid amino tak perlu pula ialah alanina, arginina, aspartat dan sistina. Asid amino diperlukan dalam pemakanan tumbuhan dan haiwan.
amino acidasid aminoMakanan dan PemakananPemakananSebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen (C, H, O dan N). Asid amino mengandungi satu atau lebih kumpulan amino (NH2) yang bersifat bes dan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil (COOH) yang bersifat asid. Selain itu, terdapat juga asid amino yang mengandungi sulfur, contohnya, sistina dan metionina. Asid amino bergabung membentuk satu molekul protein. Dalam pencernaan, protein dalam makanan diurai menjadi asid amino dan diserap ke dalam aliran darah. Asid amino diperoleh daripada sumber makanan seperti telur, daging, ikan dan susu. Terdapat dua jenis asid amino, iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.
basic amino acidsasid amino besBioteknologiTiadaKumpulan asid amino yang mempunyai kumpulan amino (NH2) pada kumpulan rantai sisinya. Contoh asid amino ini ialah lisina, arginina, dan histidina.
amino acidasid aminoKimiaTiadaAsid organik yang mengandungi kumpulan amino, -HN2, yang bersifat bes, dan kumpulan karboksil, -CCOH, yang bersifat asid. Oleh itu, asid amino bersifat amfoterik dan wujud di dalam larutan akueus sebagai zwiterion. Asid amino sangat penting bagi organisma hidup kerana asid ini (asid alfaamino) merupakan unit asas protein. Asid amino terdiri daripada asid amino perlu dan asid amino tak perlu.
synthetic amino acidasid amino sintetikVeterinarTiadaAsid amino yang diekstrak daripada bakteria dan dihablurkan untuk menghasilkan asid amino tulen. Terdapat pelbagai jenis asid amino jenis ini tetapi yang paling kerap digunakan dalam makanan ternakan ialah lisina, metionina dan treonina. Kadangkala bahan ini berbentuk analog, iaitu sebatian yang mempunyai molekul yang hampir sama dengan asid amino tulen dan boleh diubah suai oleh badan menjadi asid amino yang boleh digunakan. Asid amino ini mengurangkan keperluan protein haiwan jika ditambah ke dalam rangsum yang berasaskan bijirin.
amino acidasid aminoVeterinarTiadaSebatian organik yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen (C, H, O dan N). Asid amino mengandungi satu atau lebih kumpulan amino (NH2) yang bersifat bes dan sekurang-kurangnya satu kumpulan karboksil (COOH) yang bersifat asid. Di samping itu, ada pula asid amino yang mengandungi sulfur, misalnya sistina dan metionina. Asid amino bergabung membentuk satu molekul protein. Dalam pencernaan, protein dalam makanan diurai menjadi asid amino dan diserap ke dalam aliran darah. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.
amino acidasid aminoMakanan dan PemakananTeknologi MakananUnit asas bagi protein. Semua asid amino mengandungi kumpulan karboksil yang terikat kepada atom karbon yang sama kecuali prolina dan hidroksiprolina. Lihat juga asid amino perlu, asid amino tak perlu.
essential amino acidasid amino perluVeterinarTiadaSekumpulan asid amino yang penting dan perlu ada dalam makanan pada aras yang bersesuaian mengikut keperluan makanan. Terdapat 10 jenis asid amino perlu iaitu lisina, metionina, fenilalanina, valina, triptofan, arginina, histidina, isoleusina, leusina dan treonina yang perlu ada dalam makanan kerana asid-asid ini tidak boleh disintesiskan dalam tubuh, atau jika disintesiskan ia masih tidak mencukupi. Asid amino perlu menjadi sumber atau asas kepada pembentukan asid amino yang lain. Biasanya, seekor unggas memerlukan salah satu asid amino perlu sama ada glisina atau serina kerana dua jenis asid amino ini boleh berubah dengan sendiri. Kualiti sesuatu protein dalam makanan ternakan bukan ruminan sangat bergantung kepada kandungan asid amino perlu.
amino acidasid aminoSains ForensikTiadaAsid organik yang mengandungi kedua-dua kumpulan amino berbes dan kumpulan karboksil berasid. Satu asid amino dikod oleh gabungan tiga nukleotida dalam templat DNA seperti CCT bagi prolina dan CGT bagi arginina. Asid amino adalah unit asas untuk membentuk protein. Bahan kimia seperti ninhidrin menjadikan asid amino bertukar menjadi warna ungu dan ini digunakan dalam pengesanan cap jari pendam.
dansyl amino acidasid amino dansilKimiaBiokimiaAsid amino yang berpendarfluor, terbentuk daripada tindak balas I-dimetilaminoftalena-5-sulfonil klorida dengan kumpulan asid alfa amino, dan digunakan dalam pengeluaran asid amino secara fluorimetri.
12345678910...

Kembali ke atas