Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.mé.ter] | امميتر

Definisi : (amméter) (Fiz) alat utk menyukat arus elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.mé.ter] | امميتر

Definisi : /amméter/ ist alat utk menyukat aliran elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ammeter


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMMETER

Ammeter ialah alat yang mengukur arus elektrik

dalam sesuatu litar dalam unit yang dikenali sebagai

ampere . Terdapat dua jenis asas ammeteranalog

dan digital .

UMUM 
METER KEUPAYAAN

Meter keupayaan ialah alat yang mengukur

arus elektrik, voltan dan rintangan dengan kejituan

tinggi. Meter ini menunjukkan perbezaan voltan

dengan membandingkan daya elektromotif yang

tidak diketahui dengan daya elektromotif yang

diketahui. Ia digunakan untuk menentu ukur

voltmeter dan ammeter, dan juga sebagai unsur

kawalan dalam litar dan alat elektronik.

Lihat juga Ampere.

UMUM 
TERMOGANDINGAN

Termogandingan ialah peranti elektrik yang

menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau

tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan

dibuat dengan memintal hujung dua dawai

berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk

membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga

dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan.

Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang

disambungkan kepada satu daripada dawai di

antara simpangan akan menunjukkan pengaliran

arus termoelektrik (dijana oleh haba).

UMUM 

Kembali ke atas