Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapakah sebuah ayat tidak boleh dimulakan dengan 'Amnya'?Penggunaan "amnya" dalam di pangkal ayat tidak digalakkan kerana kurang gramatis dalam penulisan kecuali bahasa lisan atau percakapan. Perkataan seperti "amnya", "umumnya" dan lain-lain  perlu didahului oleh kata hubung seperti pada keseluruhannya, secara amnya, secara umumnya dan lain-lain. Frasa "secara amnya" digunakan sebagai penanda wacana yang menjelaskan idea utama yang dinyatakan.Tatabahasa26.10.2013
Apakah perbezaan erti bagi "secara amnya" dengan "secara umumnya". Apakah penggunaan secara amnya dalam ayat ini salah "Simptom-simptom AF mungkin tidak menyenangkan, namun secara amnya tidak mengancam nyawa".Kedua-dua perkataan tersebut boleh bersaling ganti kerana merupakan kata yang sama makna.Tatabahasa26.09.2019
Mohon nasihat tentang ayat ini sama ada salah dari tatabahasa atau membawa maksud yang salah "Secara amnya, Dasar Perlindungan Kanak-kanak merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan secara umum mengenai prinsip, piawaian dan prosedur yang menjadi amalan organisasi dan individu semasa berurusan, secara langsung atau tidak langsung, dengan knak-kanak."Secara amnya, Dasar Perlindungan Kanak-kanak merupakan satu dasar yang menyatakan prinsip, paiwaian dan prosedur secara umum yang menjadi amalan organisasi dan individu semasa berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan kanak-kanak. Tatabahasa12.05.2008
Salam sejahtera, Apakah perbezaan antara frasa 'secara amnya' dan 'secara umumnya'? Adakah penggunaannya sama?Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan secara pilihan kerana mempunyai makna yang sama.Tatabahasa06.11.2015
definisi dasar sekolah satu aliranSecara amnya sekolah satu aliran merujuk kepada hanya satu sistem pendidikan dilaksanakan bagi sistem sekolah di Malaysia atau di negara lain. Isu ini banyak dibincangkan dalam media massa dan artikel mengenai sekolah satu aliran juga banyak disiarkan dalam akhbar. Untuk maklumat lanjut dan terperinci, sila rujuk artikel yang berkaitan.Makna23.01.2011
Apakah itu konsep peristiwa bahasa?Secara amnya peristiwa bahasa merujuk kepada sesuatu kejadian yang berkaitan dengan perkembangan bahasa. Lain-lain04.11.2010
konsep pembelajaran

Assalamualaikum

Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya

(i)   Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham).

(ii)  Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat.

Jika perkara (i) dan (ii)  di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu,

(iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham).

(iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat

Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku.

Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir.

Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti

(i) Behaviourist

(ii) Humanist

(iii) Kognitivist

(iii) Konstructivist

Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham.

Lain-lain28.03.2010
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, rata-rata masyarakat Melayu amnya menggunakan istilah 'mudim' bagi tukang sunat..Kebanyakan entri dalam Intenet juga menggunakan istilah 'mudim'. Tetapi, di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan yang betul ialah 'mudin'..Jadi, bolehkah saya tahu asal usul perkataan 'mudin' itu sendiri? Terima kasih.Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh merujuk Kamus Etimologi Bahasa Melayu, terbitan Fajar Bakti tahun 1997.Lain-lain02.05.2013
Salam, saya ingin tahu kenapa Kamus Dewan atau mana-mana kamus Melayu amnya tidak mengkategorikan sesuatu perkataan sebagai kata kerja (verb), kata adjektif dsb, berbanding dengan praktis dalam kamus bahasa Inggeris. Ketiadaan pengkategorian sedemikian menyusahkan dan mengelirukan para pegguna apabila ingin membentuk perkataan dan ayat dengan sempurna.Untuk makluman saudara, Kamus Dewan bersifat sederhana dan menumpukan pada kata dan makna kata. DBP sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu (akan terbit tidak lama lagi) dengan memasukkan kelas kata entri kamus tersebut.Lain-lain25.09.2011
Tuan, Apakah terjemahan perkataan terbaik untuk 'core business' seperti dalam ayat berikut: Secara amnya, core business' jabatan ialah menyediakan latihan...........................................Data DBP memberikan padanan ‘perniagaan teras’ untuk frasa ‘core business’ dalam bidang perniagaan. Mengambil contoh padanan tersebut, kami mencadangkan ‘perkhidmatan teras’ untuk digunakan dalam perkhidmatan awam seperti jabatan, agensi kerajaan dan badan berkanun.Istilah16.06.2014
1234

Kembali ke atas